YangSaya Nampak

Kolar biru vs kolar putih.

In ekonomi, Pembangunan, SCORE on March 25, 2012 at 3:41 pm

APA itu kolar biru, dan siapa pula golongan berkolar putih?

Pernah dengar lagu M. Nasir bertajuk Kolar Biru? Begini senikatanya:

Ada orang senang kerja di pejabat
Pergi pagi pulang jam lima tepat
Ada yang kerja makan gaji, dia tak suka
Dia lebih senang berniaga, niaga, niaga, niaga

Kerja, kerja, kerja

Kolar, kolar biru
Aku pekerja kolar biru
Mesen dan jentera jadi, jadi temanku
Aku pekerja kolar biru

Aku tak senang kerja di pejabat
Berpakaian rapi dan bertali leher
Biar debu dan bahang meresap di kulitku
Aku lebih senang menjadi aku, aku, aku

Kerja, kerja, kerja.

Ia mengisahkan tentang perbezaan suasana kerja antara dua golongan iaitu pekerja kolar biru dan kolar putih. “Aku” dalam lagu tersebut lebih gemar bekerja di luar pejabat kerana tidak sebati dengan jiwanya apabila bekerja di pejabat perlu menggunakan tali leher dan berpakaian kemas.

Sedangkan “aku” seorang yang gemar dengan kerja di luar yang menggunakan mesin dan jentera.

Dalam erti kata lain, kolar biru adalah golongan pekerja yang melaksanakan kerja-kerja teknikal dan kemahiran.

Wikipedia memberi tafsiran kolar biru sebagai “pekerja kolar biru merupakan pekerja yang mengerjakan kerja – kerja manual. Ia biasanya berbeza dengan kelas pekerja yang lain seperti pekerja kolar putih dan sebagainya. Pekerja kolar biru biasanya merupakan seorang pekerja mahir dan pekerja tak mahir dan terlibat dalam industri perlombongan, pembinaan, perniagaan, kerja mekanikal, dan kerja-kerja pembaikan”.

Manakala kolar putih mereka yang menjalankan urusan pentadbiran dan pengurusan serta pembikinan dasar.

Mengapa mentaliti masyarakat atau golongan pelajar atau lepasan sekolah masih begitu memandang tinggi terhadap pekerjaan dalam sektor kolar putih? Kolar biru pula dilihat majoriti mereka sebagai “semadi nadai pengawa bukai”.

Mungkin kerana mereka beranggapan gaji kolar putih lebih tinggi dan karektor individu yang suka duduk dalam bilik sejuk.

Tetapi mungkin juga mereka tidak didedahkan tentang gaji yang besar juga boleh diperolehi jika ada skil tertentu.

Apatah lagi jika skil itu tidak ramai yang memilikinya. Sudah pasti ramai majikan yang menawarkan gaji yang tinggi untuk mereka seumpama itu.

Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang bakal muncul dengan industri-industri berat seperti peleburan aluminium akan menggunakan khidmat mereka dalam bidang kejuruteraan dan teknikal.

Bukan itu sahaja, ada lagi industri berteknologi tinggi di Samalaju di Bahagian Bintulu akan memerlukan tenaga kerja teknikal.

Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam wawancara bersama majalah Happenings in Sarawak edisi Mac – Jun 2012 berkata:

“Saya berpendapat, golongan kolar biru yang akan menukar negara. Justeru, apa yang perlu kita lakukan ialah menggalakkan orang muda memberi perhatian tehadap bidang teknikal sebagai arus perdana dalam pembangunan Sarawak”.

Beliau yang membincangkan perkara itu dari aspek SCORE juga berkata Kawasan Perindustrian Bebas Samajaya di Kuching telah terbukti berjaya menyediakan peluang pekerjaan teknikal dan kejuruteraan kepada belia tempatan.

“Tetapi Samalaju akan lebih (baik dalam menyediakan peluang pekerjaan dan pembangunan perindustrian) berbanding Samajaya,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: