YangSaya Nampak

Kepentingan belia dari perspektif Sarawak.

In ekonomi, Masalah masyarakat, Pembangunan, Sarawak, SCORE on March 25, 2012 at 11:34 pm

BELIA penyambung nadi pembangunan sesebuah negeri atau negara. Tiada belia maka tiada golongan yang bakal meneruskan teraju kerja-kerja pembangunan.

Pembangunan belia adalah penting ke arah mencapai pembangunan mampan dalam sesebuah negara dan dalam usaha memastikan Sarawak berdiri kukuh atas landasan mengejar kemajuan, kerajaan sentiasa mencari pendekatan baru dalam memberi tumpuan dan bersama-sama dengan belia agar mereka membangun sebagai warga negara yang produktif.

Di peringkat kabinet kerajaan persekutuan, peranan belia dalam pembangunan negara dibuktikan dengan penubuhan portfolio Kementerian Belia dan Sukan. Ia merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan belia dan mengalu-alukan peranan dilaksanakan golongan terbabit dalam mencapai kemajuan.

Manakala di Sarawak, kepentingan belia juga dilihat menerusi kewujudan jawatan Penasihat Belia di Jabatan Ketua Menteri yang disandang Encik Larry Sng yang merupakan bekas wakil rakyat dan menteri muda.

Dia merupakan menteri muda yang dipertanggungjawabkan memantau hal ehwal berkaitan belia dalam tempoh Disember 2009 hingga Mac 2011.

Tidak memadai dengan itu, kabinet negeri Sarawak turut mempunyai jawatan Menteri Muda Pembangunan Belia yang disandang oleh YB Encik Abdul Karim Rahman Hamzah.

Encik Abdul Karim pada masa sekarang kelihatan aktif dalam pelbagai acara membabitkan belia, terutama di Bahagian Kuching.

Apa yang jelas sekarang ialah pembangunan di Sarawak memerlukan sokongan utuh belia.

Bukan belia yang calang-calang diperlukan dalam mencapai kemajuan di Sarawak terutamanya dengan pelaksanaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Mereka hendaklah terdiri daripada orang yang berupaya memahami hala tuju dan dasar ditetapkan kerajaan di bawah kepemimpinan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Belia di Sarawak hendaklah menghindari aktiviti lepak di tembok, perhentian bas dan jambatan di kampung-kampung. Mustahil tidak ada kerja jika di Sarawak ini. Jika kekurangan kerja mengapa pula orang Indonesia diperlukan dalam bilangan yang ramai di pelbagai sektor ekonomi?

Jangan pula belia menjerumuskan diri mereka dengan kegiatan tidak bermoral seperti menghisap dadah atau gam, menjadi pencuri atau peragut serta berjudi dan meminum arak hingga mabuk – semua ini membawa keruntuhan kepada sesebuah negara.

Ada pepatah mengatakan “rosak belia maka runtuhlah negara”. Betapa pentingnya belia terhadap pembangunan negara.

Kepentingan belia di Sarawak dipaparkan dalam artikel berita berikut:

Taib: Belia Main Peranan Penting Dalam Pembangunan Negeri

2011 Januari 18

MIRI: Sokongan padu daripada semua lapisan masyarakat termasuk para belia amat diperlukan bagi kejayaan pelaksanakan projek pembangunan di negeri Sarawak, kata Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Peranan golongan muda khususnya, tegas beliau, amat penting di dalam memainkan peranan ini kerana mereka merupakan pelapis yang akan menerajui pentadbiran dan menentukan masa depan negara.

Ketua Menteri berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program Belia Sarawak Untuk Perpaduan 2011 bertempat di Hotel Mega, tengah hari tadi.

Menurut beliau, kejayaan pembangunan Sarawak pada hari ini tidak dapat dipisahkan daripada perpaduan kaum yang sedia ada dan situasi ini amat memberi kesan kepada kestabilan ekonomi negeri ini.

Dengan adanya sokongan baik dan perpaduan daripada semua lapisan rakyat, segala perancangan akan dapat dilaksanakan dengan mudah khususnya yang melibatkan pembangunan kawasan pedalaman yang jauh dari bandar, kata beliau.

Justeru, Ketua Menteri berkata adalah penting para belia selaku komponen penting negara untuk menyuarakan idea dan pendapat yang mana akan memberi manfaat kepada masa depan mereka, bangsa dan negara.

Pehin Sri Taib berkata untuk tujuan ini, langkah yang bijak perlu diambil bagi memastikan para belia mendapat tempatnya sendiri dan mempunyai acuan untuk menjana idea dan daya fikir mereka kerana “Belia merupakan Tunggak Negara.

Mengulas tentang kenyataan tersebut, Pehin Sri Taib turut menegaskan bahawa di dalam menerajui pembangunan, golongan belia perlu bijak memahami dan mengadaptasi pembaharuan dan tidak menerima bulat-bulat pembangunan tanpa memikirkan kesannya terhadap kestabilan dan keharmonian sejagat.

Beliau tidak menafikan bahawa  pencapaian kejayaan ekonomi dan pembangunan hari  ini dapat direalisasikan atas perpaduan kukuh antara kaum yang banyak membawa pembangunan kepada Sarawak.

Ini kerana, sesebuah negara yang kucar kacir dan dimanipulasi oleh pertelagahan kaum dan etnik tidak akan dapat fokus kepada segala perancangan pembangunan dan sekali gus memberi kesan yang tidak baik kepada pertumbuhan ekonomi yang mana hanya akan merugikan negara tersebut serta rakyatnya, katanya.

Oleh yang demikian, Ketua Menteri  amat berharap agar rakyat di negeri ini khususnya golongan muda meneruskan usaha mengekalkan perpaduan kaum yang sedia terjalin agar pembangunan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

“Kejayaan yang dicapai hari ini bukan datang bergolek tetapi atas usaha sama rakyat yang mahu terus hidup bersatu padu. Oleh itu, janganlah leka dengan kestabilan yang dinikmati hari ini dan teruskan persefahaman yang jati untuk keharmonian bersama” ujar beliau.

Pehin Sri Taib menegaskan, hanya melalui perpaduan barulah pembangunan khususnya dalam usaha menjayakan projek pembangunan Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) dapat terlaksana.

Justeru itu, beliau yang juga pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Perpaduan Sarawak berharap belia hari ini bukan sahaja mengekalkan perpaduan tetapi juga mampu bekerjasama dan menerima pendapat pemimpin yang lebih senior dari mereka.

“Kemakmuran bukan suatu yang automatik. Ia harus dipupuk dan memerlukan persefahaman sepanjang masa. Tidak dinafikan golongan muda memerlukan kebebasan, namun hala tuju negeri haruslah diberi keutamaan juga” tegas beliau.

“Sarawak mahukan golongan pelapis yang berdedikasi dan tahu mengimbangi kebebasan selaras dengan keperluan menjaga perpaduan negeri. Diharap program pembangunan belia ini mampu memperkasakan golongan tersebut” kata beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: