YangSaya Nampak

Damai Central yang memberi kedamaian minda dan jiwa.

In ekonomi, Pelancongan, Sarawak on March 25, 2012 at 9:01 pm

 

JIKA pantai dan laut yang anda idamkan pada hujung minggu atau pada hari cuti, Damai Central ada jawapannya.

Jika anda ingin menikmati pemandangan Laut China Selatan yang memperlihatkan kebiruan air laut dan Pulau Talang-Satang, Damai Central juga memiliki jawapannya.

Keindahan pantai di kaki Gunung Santubong sememangnya amat memberi pengunjung satu kepuasan tidak terhingga – apatah lagi bagi mereka yang amat mencintai alam semula jadi.

Gunung Santubong menyimpan cerita lagenda yang mengisahkan kisah dewi dua beradik yang berkelahi lalu membentuk gunung. Cerita itu terkenal sehingga kini.

Damai Central yang kini menjadi antara tarikan pelancong untuk datang ke kawasan Santubong dan Damai, terletak di sebelah Kampung Budaya Sarawak.

Setakat ini, tidak ada bayaran masuk dikenakan terhadap pengunjung ke Damai Central yang terletak antara Pusat Peranginan Pantai Damai dan Pusat Peranginan Damai Puri. 

Sebelum ini hanya pelanggan hotel dibenarkan berjalan-jalan atau mandi-manda di Pantai Damai kerana ia adalah milik hotel.

Kemudahan itu turut menyediakan tempat makan dan minum dengan harga berpatutan.

Terbaru, pengunjung juga boleh menyewa basikal (RM12 sejam) untuk bersiar-siar di sekitar kawasan tersebut.

Selain gerai makanan, ia turut menyediakan restoran makanan laut, pub, spa dan kedai menjual cenderamata.

Ia turut mempunyai sebuah bilik persidangan yang mampu memuatkan 80 orang, panggung udara dengan kapasiti 200 orang, dan kawasan lapang yang dapat menampung ratusan meja makan.

Di sebalik kemudahan itu semua, apa yang penting ialah pengunjung bakal pulang dengan minda dan jiwa yang tenang kerana kepuasan diperolehi menerusi pemandangan dan udara pantai yang menyegarkan.

Mungkin ini tempat yang dicari oleh pasangan sedang bercinta?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: