YangSaya Nampak

Adaptasi cinta Ngap Sayot dengan sokongan padu memajukan ekonomi Sarawak.

In Sarawak, Sosial, Sukan on March 25, 2012 at 4:33 pm

SAYA bukan peminat bola sepak dan saya percaya ramai juga yang sama spesis dengan saya dalam hal ini. Tetapi yang pasti tidak bermakna saya tidak cinta dan sayang tempat kelahiran saya, Bumi Kenyalang.

Kerana kurang minat mengetahui perkembangan bola sepak tempatan dan antarabangsa, saya tidak mengikuti perlawanan-perlawanan membabitkan pasukan bola sepak negeri Sarawak – Ngap Sayot.

Bagaimanapun jika ada perkembangan luar biasa mengenainya saya tidak ketinggalan – seperti baru-baru ini kekecohan di Stadium Negeri dicetuskan oleh penyokong pasukan bola sepak Sarawak.

Saya tidak memandang perkara ini dari perspektif negatif, meskipun ada unsur-unsur tersebut, kerana bagi saya insiden itu menunjukkan masih ada rasa cinta tinggi di kalangan anak-anak muda terhadap tempat lahir.

Seorang teman memberitahu saya ada antara penyokong Sarawak pada malam ketika perlawanan antara Ngap Sayot dan pasukan Singapura pada malam 17 Mac 2012, berdiri tegak menyanyikan lagu Ibu Pertiwiku, lagu kebesaran negeri Sarawak. 

Dendangan lagu itu memang membangkitkan semangat cintakan tanah air bagi yang benar-benar menghayatinya dan jika masanya sesuai.

Semangat kekitaan dalam membantah keputusan pengadil perlawanan yang memberi kemenangan kepada pasukan Singapura telah menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong Sarawak yang berada di Stadium Negeri pada malam itu.

Begini ceritanya tentang insiden malam berkenaan yang dipetik menerusi www.theborneopost.com :

PORU redakan rusuhan penyokong Ngap Sayot

Posted on March 19, 2012, Monday

KUCHING: Khidmat Unit Tindakan Rusuhan Awam (PORU) terpaksa digunakan untuk meredakan keadaan di Stadium Negeri malam kelmarin (Sabtu), selepas penyokong skuad Ngap Sayot merusuh dipercayai tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad, hampir 150 polis termasuk daripada PORU dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dikerahkan mengawal kekecohan sebaik selepas perlawanan antara pasukan Sarawak menentang Lion XII tamat.

“Kejadian yang melibatkan 2,000 penyokong Sarawak itu yang dipercayai bermula akibat provokasi berjaya dileraikan pada jam 12 tengah malam.

“Bagaimanapun, tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan atau tangkapan dibuat,” katanya kepada Utusan Borneo, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden selepas tamat perlawanan gara-gara keputusan mengadil memberi sepakan penalti kepada Lion XII yang merupakan gol tunggal perlawanan.

Dalam pada itu, Roslan menyeru para penyokong skuad negeri untuk lebih beretika dan elakkan memberi imej buruk kepada Sarawak.

“Saya percaya penyokong Sarawak semua matang dari segi pemikiran tetapi mungkin disebabkan beberapa provokasi yang mencetuskan perkara ini,” katanya.

Itulah Sarawak yang terkenal dengan kejituan perpaduan di kalangan kaum yang pelbagai. Rakyat Sarawak memang layak dijadikan sebagai contoh terbaik dalam erti kata perpaduan kaum dan agama.

Bagi mereka, perbezaan bukan satu penghalang untuk bergabung sebagai satu entiti kerana yang lebih mustahak daripada berkelahi ialah pembangunan demi mencapai sebuah negeri berstatus maju.

Sarawak model terbaik gagasan 1Malaysia!

Justeru kita juga berharap agar semangat dalam menyokong pasukan Ngap Sayot dapat diadaptasikan ke dalam bentuk sokongan terhadap pemimpin yang telah diberi mandat oleh rakyat mentadbir negeri ini ke arah kemajuan bersama.

Siapa lagi jika bukan rakyat negeri Sarawak sendiri yang perlu menyokong setiap polisi pembangunan.

Semoga Sarawak maju jaya dalam Malaysia!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: