YangSaya Nampak

Usah biar Miri dilabel bandar raya seks.

In Masalah masyarakat, Pelancongan, Sarawak, Sosial on March 23, 2012 at 9:28 pm

ADA pihak mendakwa Thailand maju industri pelancongannya kerana menawarkan perkhidmatan seks tanpa segan silu. Benar atau tidak, mungkin ada kebenarannya.

Mereka juga berkata pekerja-pekerja seks di Thailand, boleh tahan dan kalau tidak banyak, pasti sedikit akan menggoyahkan keimanan lelaki yang didekati mereka.

Pelancong ada sesetengahnya mencari kawasan pelancongan yang boleh membuatkan mereka seolah-olah bebas dari dunia sebenar dengan bergaul dengan wanita.

Tetapi adakah kita mahu melihat sektor pelancongan di bandar raya kita – Miri – juga dilabel sedemikian gelaran? Miri ialah bandar raya pelancongan di Sarawak.

Sebelum ini pernah disiarkan di akhbar yang mengatakan golongan isteri merungut apabila mendapati suami mereka gemar berkunjung ke rumah urut. Mereka curiga dengan ‘keikhlasan’ perkhidmatan yang ditawarkan oleh wanita-wanita di rumah urut.

Mereka bimbang rumah urut atau pusat refleksologi yang menggunakan khidmat wanita dari China atau China Doll akan menggugat suasana rumah tangga. Lebih membimbangkan mereka jika wang hasil pekerjaan atau perniagaan dibazirkan kerana membayar khidmat urut.

Lazimnya jika mengurut mereka turut menawarkan khidmat seks dan itu yang digemari lelaki ketika berurut. Kadang-kadang berurut itu cuma sedikit, yang lebih adalah untuk hubungan kelamin.

Dan kebimbangan yang lebih besar ialah Miri dicop sebagai bandar raya seks. Bagaimana hendak mengelak ia terjadi? Tidak ada jalan lain kecuali memperkasakan aktiviti penguatkuasaan – sama ada polis atau pihak berkuasa tempatan.

Jika tidak ada penawaran maka tidak ada aktiviti tidak bermoral berlaku di rumah urut. Bukan kita meminta pusat refleksologi ditutup atau pemberian lesen dihentikan. Kita cuma mahu pusat sebegini benar-benar menawarkan khidmat mengurut dan mereka yang bekerja di dalamnya mahir mengurut.

Kadang-kadang ada pekerjanya langsung tidak mengurut tetapi sekadar menepuk-nepuk badan atau menyapu minyak di badan pelanggan yang benar-benar mahu berurut untuk relaks.

Situasi sebegini saya percaya ia bukan cuma berlaku di Miri tetapi bandar-bandar lain pun ada.

Kita mengalu-alukan apa yang dilakukan Majlis Bandaraya Miri dalam menghalang kegiatan penyalahgunaan pusat refleksologi sebagai tempat seks.

Berikut ialah keratan akhbar berkaitan aktiviti Majlis Bandaraya Miri.

image

Utusan Malaysia - 23 Mac 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: