YangSaya Nampak

Rondaan 1Malaysia: Memperkasa langkah pencegahan jenayah.

In Masalah masyarakat, Sarawak, Sosial on March 23, 2012 at 11:29 am

Konsep Rondaan Ops 1Malaysia ini melibatkan semua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri seperti polis, imigresen, Jabatan Pendaftaran, Jabatan Pertahanan Awam, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Rela, Bahagian Penapisan Filem dan Penguatkuasaan, Jabatan Penjara dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Bagi negeri Sarawak, kawasan yang telah ditetapkan untuk rondaan 1Malaysia ialah di Kuching ( Siburan dan Kota Sentosa), Bintulu, Miri dan Sibu.

Antara tujuan utama rondaan bersama ini adalah untuk meningkatkan ‘omnipresence’ dan ‘high visibility’ dalam memantapkan dan meningkatkan tahap keselamatan dan keamanan negeri Sarawak.

Selain itu, mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama berpasukan antara jabatan dalam Kementerian Dalam Negeri.

Kerjasama padu yang terjalin hasil persefahaman dan komitmen jitu yang ditunjukkan oleh semua pihak ini diharapkan akan menyumbang kepada penurunan kadar jenayah serta mengurangkan perasaan takut menjadi mangsa jenayah dan seterusnya meningkatkan keyakinan rakyat terhadap institusi polis dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Pada awalnya kolaborasi yang dijalinkan antara polis dan jabatan-jabatan lain agak luar biasa kerana setiap organisasi mempunyai peranan, fungsi, budaya dan prosedur kerja berbeza. Tetapi ia kini satu yang menjadi realiti.

Apa yang lebih pentinh strategi ini telah didorong dan disokong sepenuhnya dengan kesungguhan dan kesabaran serta kesepakatan yang dipamerkan semua pihak yang terlibat berlandaskan garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan melalui pelan strategik Government Transformation Programme.

Rondaan Ops 1Malaysia peringkat negeri Sarawak dilancarkan di Siburan pada 21 Mac 2012.

Sudah pasti program seperti ini amat dialu-alukan oleh orang ramai yang prihatin terhadap aspek keselamatan.

Malahan tugas melakukan rondaan tidak wajar diletakkan sepenuhnya di bahu polis.

Kata orang, yang berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Apatah lagi anggota penjawat awam mempunyai tugas masing-masing untuk dilaksanakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: