YangSaya Nampak

Askar siber dari perspektif Dr James Jemut Masing.

In Barisan Nasional, Politik, Sarawak on March 23, 2012 at 11:06 pm

PEMBOHONGAN, tuduhan tidak berasas dan hasutan tidak wajar terus digunakan sebagai senjata untuk menikam musuh dalam politik. Ini dilakukan oleh mereka yang bercita-cita ingin menjadi pemimpin dalam negara kita.

Demikian menurut Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing.

Maknanya, matlamat tidak semestinya menghalalkan cara meskipun dalam politik.

Justeru, kehadiran dan ‘penguasaan’ mereka di alam siber tidak harus dibiarkan begitu sahaja tanpa mereka yang berada di pihak yang benar-benar layak mentadbir negara atau negeri berbuat sesuatu dan seterusnya mungkin tewas akibat orang ramai percaya dengan tuduhan dan hasutan.

Tan Sri Dr James bagaimanapun berkata dia yakin majoriti rakyat mampu membezakan antara pembohongan dan kebenaran.

“Dan mengambil tindakan yang betul bila tiba masanya,” katanya. Dan tindakan yang dimaksudkan dia ialah mengundi Barisan Nasional dalam pilihan raya.

Dia baru-baru ini menyerahkan peralatan ICT berupa Blackberry kepada Unit Media Baru PRS di Kuching.

Pemberian peralatan itu menunjukkan pengiktirafan parti berkenaan terhadap kepentingan media alternatif dan internet dalam membentuk minda orang ramai.

Pembentukan minda menerusi internet lebih relevan terhadap golongan mereka yang tinggal di bandar.

Penghuni bandar hakikatnya ialah golongan yang banyak celik IT kerana latar belakang pendidikan dan pekerjaan. Malahan mereka lebih terdedah dan mengikuti perkembangan IT berbanding orang di luar bandar.

“Askar siber PRS akan menolong apa yang mereka mampu lakukan di kawasan bandar,” katanya.

Tan Sri Dr James berkata demikian kerana PRS merupakan parti yang bertanding dalam pilihan raya di kerusi-kerusi di luar bandar. Tetapi walaupun demikian, atas semangat kerjasama sesama parti komponen Barisan Nasional, PRS sedia membantu mereka.

Askar siber PRS bukan sekadar berusaha mematahkan serangan komuniti siber terhadap Barisan Nasional tetapi juga menyampaikan maklumat yang betul dan tepat kepada orang ramai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: