YangSaya Nampak

Pertandingan Pengisahan Kenegaraan satu program yang wajar.

In Patriotisme, Sosial on March 22, 2012 at 12:15 am

ORANG kata negara yang benar-benar maju atau membangun ialah negara yang mempunyai keseimbangan dari pelbagai aspek termasuk kualiti sumber manusianya.

Jangan hanya maju dari segi fizikal tetapi pengetahuan rakyatnya tentang sejarah negara dan dasar kerajaan berada pada tahap kurang memuaskan.

Justeru, memang wajar Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia anjuran Jabatan Penerangan diteruskan sejak tahun 2003.

Pertandingan pengisahan kali ini bertemakan “Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Pertandingan peringkat negeri akan diadakan pada 12 Mei 2012 di Miri.

Program tersebut diadakan sejak 15 Februari 2012 dan akan ditutup pada 30 April 2012. Ia dibuka kepada warganegara yang berumur antara 18 hingga 45 tahun.

Ia bertujuan menggalakkan masyarakat umum menyampaikan pandangan dan pendapat mengenai dasar-dasar kerajaan dan juga kejayaan yang telah dicapai oleh negara melalui kepemimpinan semua Perdana Menteri.

Selain mewujudkan ruang kepada orang ramai mengungkapkan pandangan, pendapat dan manifestasi peribadi mengenai program-program pengisian kemerdekaan yang telah dilaksanakan oleh para pemimpin.

Bukan sekadar itu, ia juga memupuk dan menyuburkan semangat integrasi nasional, suku kaum, budaya, agama dan kepercayaan menerusi rentetan sejarah dan perjuangan tokoh-tokoh negara semasa berjuang menentang penjajahan.

Setiap kumpulan harus terdiri daripada dua hingga tiga orang dan digalakkan daripada pelbagai kaum.

Tahun ini, keutamaan pemilihan nota pengisahan adalah berdasarkan pada kisah yang berlatabelakangkan dasar-dasar kerajaan dan juga kejayaan negara selain kisah tokoh-tokoh yang telah diberi penghargaan dan juga pengiktirafan di peringkat negeri dan juga kebangsaan seperti Tokoh Maal Hijrah, Tokoh Ibu Mithali, Tokoh Usahawan Berjaya dan sebagainya.

Semua peserta diwajibkan untuk mengemukakan dokumen asal atau bahan-bahan bukti sahih yang sesuai sebagai bahan rujukan kepada pengerusi hakim.

Johan akan menerima RM2,000, naib johan RM1,500, manakala tiga pemenang sagu hati, masing-masing akan menerima RM1,000.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: