YangSaya Nampak

Keputusan SPM 2011 Sarawak – jurang bandar dan luar bandar dirapatkan.

In Pembangunan, Pendidikan, Sarawak on March 22, 2012 at 7:14 am

JURANG perbezaan pencapaian antara calon bandar dan luar bandar telah dirapatkan dari segi pencapaian minimum Gred E bagi semua mata pelajaran teras dalam SPM 2011.

Jabatan Pelajaran Sarawak dalam kenyataan SPM 2011 memberitahu malah pencapaian calon luar bandar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains adalah lebih baik daripada calon bandar.

Walau bagaimanapun usaha perlu dipergiatkan lagi terutamanya bagi Bahasa Inggeris, Matematik Sejarah, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

Peperiksaan SPM 2011 juga memperlihatkan 11 buah sekolah luar bandar mencatatkan keputusan yang cukup memberangsangkan dalam kelompok 50 buah sekolah berprestasi baik.

Sekolah berkenaan ialah SMK Kwong Hua Sibu dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 3.38, SMK Tinggi Sarikei (3.47), SMK Kubong Limbang (3.60), SMK Kai Chung Meradong (4.21), SM Vokasional Matang Kuching (4.27), SMK Tong Hua Meradong (4.68), SMK Three Rivers Mukah (4.98), SM Sungai Tapang Samarahan (4.99), SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud Samarahan (5.01), SM Vokasional Betong (5.02) dan SMK Agama Sheikh Othman Abdul Wahab Kuching (5.08).

Jabatan Pelajaran Sarawak yakin bahawa dengan adanya fokus dan penekanan dalam merapatkan jurang pendidikan pencapaian sekolah-sekolah luar bandar akan meningkat dan seterusnya setanding dengan sekolah-sekolah bandar pada tahun-tahun akan datang.

Sebahagian besar sekolah di Sarawak dapat dirumuskan sebagai berada dalam kategori sekolah Cemerlang, Baik dan Memuaskan.

Empat buah sekolah telah mencatatkan prestasi cemerlang dengan kelulusan 100 peratus dalam semua mata pelajaran.

Sekolah-sekolah tersebut ialah SM Sains Kuching, SM Sains Miri, Maktab Rendah Sains Mara Betong dan Maktab Rendah Sains Mara Kuching.

Tiga sekolah teratas dari segi GPS di negeri Sarawak ialah SM Sains Kuching (1.82), tempat kedua SM Sains Miri (1.86) dan disusuli Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah Kuching (2.22).

Dari segi kecemerlangan individual, pencapaian calon negeri Sarawak adalah sangat menggalakkan.

Seramai 48 orang calon berprestasi cemerlang tertinggi mendapat gred A+ dalam semua mata pelajaran berbanding 36 orang pada SPM 2010.

Daripada jumlah itu seramai lima orang mendapat 11 A+, 40 orang mendapat 10 A+ dan tiga orang mendapat 9 A+ dalam semua mata pelajaran.

Bilangan mereka yang mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam semua mata pelajaran pula ialah 729 orang berbanding 637 orang pada tahun 2010.

Seorang Calon Berkeperluan Khas (rabun), iaitu Easter Janta anak Demong dari SMK St Anthony Sarikei mendapat sekurang-kurangnya A- dalam semua mata pelajaran.

Seramai 38,727 orang calon di Sarawak mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2011.

Daripada 87 mata pelajaran telah diambil oleh calon sekolah negeri Sarawak, 80 (91.95 peratus) mata pelajaran mencapai peratus kelulusan melebihi 80 peratus.

Daripada jumlah itu, 50 (57.47 peratus) mata pelajaran mencapai kelulusan 100 peratus, 16 (18.39 peratus) mata pelajaran mencapai kelulusan 90 hingga 99.9 sementara 14 (16.09 peratus) mata pelajaran mencapai kelulusan 80 hingga 89.9 peratus.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: