YangSaya Nampak

Bandar raya sejahtera, bandar raya bebas anjing terbiar.

In Masalah masyarakat, Sarawak on March 21, 2012 at 12:35 am

ISTILAH anjing liar tidak sesuai digunakan bagi menggambarkan anjing yang berkeliaran di pekan atau bandar. Lebih baik ia dipanggil anjing terbiar. Tetapi tidak apa, itu bukan persoalan yang kita hendak perkatakan.

Masalah anjing terbiar kian berleluasa pada masa sekarang.

Anjing yang tidak berlesen dan kucing yang tidak bertuan ini menganggu ketenteraman awam yang mana haiwan-haiwan ini sering bertindak liar dan sering berkeliaran ditepi jalan.

Kehadiran haiwan liar ini sudah pastinya menganggu ketenteraman dan keselamatan pengguna jalan raya serta penduduk di kawasan persekitaran.

Anjing liar mencemar imej bandar raya Miri

Punca utama kawasan tertentu terdapat banyak anjing liar kerana kawasan ini terdapat pusat penjaja dan gerai makanan yang mana anjing liar ini sering mencari makan di kawasan tersebut.

Pihak berkuasa tempatan memandang serius masalah berkenaan dan usaha diadakan bagi mengurangkan jumlah anjir terbiar.

Difahamkan jika tidak wujud kawalan ia akan mendatangka masalah seperti ancaman penyakit, serangan terhadap manusia dan gangguan bunyi bising dan bau.

Orang ramai yang memelihara anjing dinasihatkan agar menjaga anjing mereka supaya tidak berkeliaran.

Bagi anjing peliharaan yang tidak mempunyai lesen, pemilik anjing disarankan untuk memohon lesen anjing.

Justeru, Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan melancarkan operasi menghapuskan anjing liar yang berkeliaran di sekitar bandar raya itu ke arah mewujudkan Miri bandar raya bersih.

Tidak bertuan

Berita Harian pada Selasa dipetik, anjir liar menimbulkan masalah kepada penduduk bandar raya itu kerana sering menyelongkar tong sampah, sekali gus menyebabkan sampah berselerak.

Difahamkan terdapat lebih 200 anjing berkeliaran di sekitar bandar raya itu terutama di kawasan perumahan dan kedai makanan.

Kehadiran anjing liar berkenaan bukan saja menjejaskan usaha menjadikan Miri bandar raya bersih, malah menjejas imejnya sebagai bandar raya pelancongan.

Sama-sama kita membantu Majlis Bandaraya Miri meningkatkan tahap kebersihan bandar, dan antara caranya ialah tidak membiarkan anjing kita berkeliaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: