YangSaya Nampak

Superbike dan DSLR – apa ertinya?

In ekonomi, Pembangunan, Sarawak, SCORE, Sosial on March 19, 2012 at 11:00 pm

PADA PAMERAN beberapa model terkini motosikal Kawasaki di The Spring, Kuching baru-baru ini saya berbual-bual sekejap dengan taukenya.

Dia kata sekarang bilangan super bike dan sport bike di Kuching sudah banyak – tidak seperti pada 1990-an.

Amat ketara pertambahan jumlah pemilik motosikal berkuasa tinggi, tegasnya.

Tanpa mengira apa jenama, memang anak muda sekarang sungguh bergaya dengan superbike atau sportbike masing-masing.

Eh…adakah saya menyebut anak muda? Oh ya…sesungguhnya dua patah perkataan itu mempunyai pengertian tersendiri jika memperkatakan tentang motosikal berkuasa tinggi.

Mana tidaknya, dahulu cuma amat segelintir anak muda yang mampu bergaya dengan Honda CBR (sekadar menyebut jenama idaman saya).

Dahulu kebanyakan mereka bermotosikal berkuasa tinggi ialah dari kalangan mereka yang agak buncit perutnya. Bukan hendak menghina, tetapi dahulu orang selalu mengaitkan perut buncit dengan kemewahan seseorang.

Lantaran itu ada anak gadis yang mengatakan begini “harap motosikal sahaja besar tetapi bila buka fullface, orang yang menunggangnya dah berpangkat bapa”. (hahahaha).

Jika di Kuching, tempat pertemuan penunggang motosikal berkuasa tinggi ialah di Victoria Arms, Hotel Merdeka Palace. Simboliknya, ia melambangkan kemewahan hidup golongan berkenaan. Itu dahulu. Sekarang bukan sahaja di Victoria Arms. Tidak banyak kumpulan motosikal berkuasa tinggi dahulu.

Kini saya lihat kumpulan pemuda motosikal berkuasa tinggi sudah banyak di Kuching. Mereka kerap menunggang bersama pada hujung minggu dan malam. Mereka lepak di kedai-kedai makan sambil bertukar-tukar cerita tentang jentera kebanggaan masing-masing.

Macam-macam jenama, macam-macam warna dan macam-macam gaya motosikal yang dideretkan di depan kedai makan.

Apa ertinya? Bagi saya itu menunjukkan semakin ramai yang mampu memiliki superbike atau sportbike berikutan kedudukan kewangan yang kukuh.

Jika tidak kukuh, mustahil anak-anak muda mampu membelinya.

Yang penting ia menunjukkan peningkatan taraf hidup orang ramai berikutan perancangan betul kerajaan.

Ekonomi berkembang dan lantaran itu peluang pekerjaan dan peluang perniagaan tidak terhad.

Begitu juga dengan ‘jurugambar’ – di mana-mana saya saksikan ada sahaja yang membawa kamera DSLR. Jenama Nikon dan Canon yang paling banyak digunakan.

Bukan calang-calang harga kamera DSLR. Anggaran kasar tidak kurang RM3,000 untuk set lengkap dengan lensa.Banyak keluarga sudah ada kamera DSLR untuk merakamkan detik-detik penting atau sekadar suka-suka mengambil gambar kerana hobi. Jika dahulu ia boleh dikategorikan sebagai hobi orang berada.

Kini ambil gambar, menyunting dan mencetak boleh dilakukan sendiri di rumah. Tidak perlu mengupah jurugambar profesional.

Kita kini sudah mampu beli kamera mahal-mahal.

Lantaran itu rantaian perniagaan yang lain berkaitan seni foto juga muncul. Antaranya kelas fotografi yang menawarkan kursus singkat tentang kemahiran mengambil gambar.

Di Facebook juga ramai yang berlumba-lumba memuat turun foto masing-masing. Mereka menunjukkan skil dalam seni foto kerana mahu mendapatkan komen rakan-rakan agar kelemahan foto itu mampu diatasi.

Seperti yang saya katakan pada awal tadi, situasi seperti itu menunjukkan peningkatan taraf sosial di kalangan orang ramai.

Kerajaan yang baik dan harus dikekalkan ialah kerajaan yang mampu merangsang pertumbuhan ekonomi dan seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat.

Perancangan yang berpandangan jauh dan menjanjikan lebih pertumbuhan ekonomi amat diperlukan dalam memastikan momentum peningkatan taraf hidup rakyat dapat dikekalkan.

Orang Sarawak harus berbangga dengan wujudnya Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang menjanjikan pertumbuhan ekonomi lebih memberangsangkan dengan mempelbagaikan sumber pendapatan negeri.

Superbike dan DSLR cuma alat pengukur yang mudah dalam menilai keberkesanan rancangan kerajaan selama ini. Banyak lagi indikator yang boleh dikaitkan dengan kejayaan kerajaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: