YangSaya Nampak

Armada Pemuda rapatkan Pemuda PBB dengan rakyat.

In Barisan Nasional, Politik, Sarawak on March 19, 2012 at 12:27 am

IA merupakan program yang bagus dan wajar diteruskan pada masa-masa akan datang demi mengekalkan sokongan orang ramai terhadap Barisan Nasional  di Sarawak.

Armada Pemuda seperti dilaporkan oleh akhbar pada Ahad ialah program yang cuba untuk merapatkan hubungan belia dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dengan rakyat di peringkat akar umbi terutama belia.

Armada menurut Ketua Pemuda PBB, Datuk Fadillah Yusof dalam laporan akhbar itu, akan diadakan di 10 zon pada bulan Mei ini.

Program itu diadakan enam hari bermula di Kuching dan berakhir di Lawas.

Antara objektifnya ialah mengetahui keperluan dan isu yang menyelubungi belia di kawasan-kawasan bakal dikunjungi.

Ya! Itu satu program yang perlu dilaksanakan bukan sahaja oleh Pemuda PBB tetapi wajar dijadikan contoh oleh pergerakan pemuda lain-lain parti komponen Barisan Nasional.

Mereka wajar berbuat demikian bukan semata-mata untuk memikat hati rakyat terutama menjelang pilihan raya umum.

Dan jangan anjurkan program sebegini sekadar untuk bersaing dengan parti lawan.

Biarlah program itu dilakukan atas niat yang ikhlas iaitu berusaha membantu belia dalam apa jua permasalahan umum mereka.

Malah, peluang sebegini amat sesuai dijadikan sebagai tempat untuk menerangkan kepada belia tentang rancangan kerajaan yang memanfaatkan mereka.

Itu penting memandangkan belia pada masa kini begitu terdedah dengan maklumat dipaparkan di Internet. Ada sebilangan daripada mereka percaya bulat-bulat dengan apa yang didakwa oleh pihak tertentu mengenai kepincangan kerajaan.

Golongan seperti itu wajar dicari dan diberi penjelasan tentang hala tuju negeri Sarawak di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Beritahu mereka tentang rancangan besar yang diilhamkan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang dikenali sebagai Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Jangan terperanjat kelak jika mendapati ada di kalangan orang muda tidak tahu apa itu SCORE. Tidak kurang pula kelak yang beranggapan SCORE itu tidak ada kaitan dengan mereka. Anggapan mereka SCORE hanya untuk golongan pelabur.

Kekurangan pengetahuan mengenai rancangan kerajaan seperti contoh SCORE itulah satu isu yang perlu diberi penekanan oleh pergerakan pemuda mana-mana parti komponen Barisan Nasional.

Bukan sahaja SCORE, rasanya banyak lagi rancangan kerajaan yang berkisar dengan belia. Dan jika mereka tidak mengetahui, maka ia tidak mencapai golongan sasar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: