YangSaya Nampak

Taib Mahu Parti Komponen BN Negeri Dapatkan Majoriti Dua Pertiga

In Barisan Nasional, Pilihan Raya Umum, Politik, Sarawak on March 18, 2012 at 10:48 pm

BINTULU  (BERNAMA) – Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mahu semua parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri berusaha sebaik mungkin bagi mendapatkan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kita mesti buktikan bahawa kita masih menjadi kubu kuat BN. Kita akan menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan majoriti dua pertiga seperti yang diperlukan atau malah lebih besar lagi,” katanya selepas merasmikan perhimpunan agung tiga tahun sekali Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) ke-9 di sini, Ahad.

“Kita mahukan sebuah kerajaan yang kuat di peringkat nasional. Saya percaya semua rakyat menginginkannya. Sarawak memainkan peranan besar dalam hal ini,” katanya.

Beliau berkata Najib merupakan seorang pemimpin yang boleh menyatukan semua kaum di negara ini dan mempunyai cukup pengalaman untuk memerintah dengan lebih baik dan menunaikan segala janji yang telah dibuat.

Taib berkata ia adalah amat penting supaya rakyat diberikan mesej ini supaya negara terus ditadbir dengan baik demi masa depan mereka.

“Bagi PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) saya, mesej kepada semua ahli adalah supaya memastikan kemenangan sepenuhnya bagi semua calon BN di kawasan yang ditandingi.

Saya berbangga SPDP, seperti yang ditegaskan dalam ucapan oleh Presiden Tan Sri William Mawan, adalah dalam hala tuju yang sama. Saya percaya, rakan-rakan kita yang lain seperti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) juga demikian,” katanya.

Taib juga menegaskan bahawa apa jua masalah yang dihadapi parti-parti komponen supaya tidak ditambah lagi apabila pilihan raya tiba.

“Mereka yang mempunyai masalah di kalangan parti mereka sendiri sepatutnya mengenepikan perbezaan dan bekerja demi kebaikan BN. Saya yakin, tanda-tanda sedemikian sudah ada bahawa mereka akan bekerjasama,” katanya.

Beliau berkata mereka boleh berbincang selalu atau bekerjasama ke arah perdamaian selepas itu.

Bercakap kepada pemberita kemudian, beliau berkata majoriti dua pertiga hanyalah satu angka konservatif malah beliau menjangkakan satu kemenangan yang lebih besar lagi.

“Saya tak mahu cakap besar dan saya masih belum buat analisis mengenai kerusi yang boleh menang, tetapi kita boleh mencapainya,” katanya.

Katanya beliau akan menyerahkan kepada Perdana Menteri bagi memilih semua calon BN negeri untuk pilihan raya umum kerana ini merupakan pilihan raya peringkat Parlimen.

  1. Assalamualaikum wbt dan Salam 1Malaysia. Saya mencadang PBB mengedarkan risalah kepada rakyat bagaimana wujudnya PBB didalam sejarah yang berjaya memerintah negeri sarawak sehingga sekarang secara rengkas dan padat dengan mengentengeh tokoh2 perjuangan politik sarawak terdahulu sehingga kepada pemimpin agong PBB pada hari ini yaiaitu YAB Pehin Sri Abd Haji Taip Mahmud. Ini disebabkan ramai rakyat khususnya belia yang terlalu mudah dan cepat melupai sejarah. Mereka kurang dan mungkin lansung tidak tahu bagaimana PBB dilahirkan dan tidak mahu menghayati sejarah dan perjuang tanah air kemerdekaan yang bukan setakat berjuang dengan titisan darah mereka sahaja bahkan sehingga memaju dan memodenkan tanah air sepertimana yang telah dan sedang dilakukan oleh YAB Pehin Sri Haji Abd Taip Mahmud dan rakan2nya didalam PBB dan Barisan Nasional. Saya doa kan agar PBB kekal sebagai ketua parti pemerintah didalam BN di sarawak dan mendapat kemenangan besar dan luar biasa pada PRU kali ini dengan syarat semua ahli PBB bersatu dan memainkan peranan masing-msing dengan bersungguh2 untuk memancing rakyat pada pilihan PRU 13 ini. Salam perjuangan dari saya. Niat saya iklas. Kerana saya melihat pemimpin PBB diperingkat bawah khususnya ranting dan bahagian terlalu pentingkan perjuangan dan nasib gang/kumpulan mereka sahaja tanpa memikir ahli2 yang lain apatah lagi rakyat. Saya khuatir PRU yang akan datang sekiranya perkara ini tidak diatasi dengan segera. Saya mencadangkan PBB harus menubuhkan Unit Risikan untuk mendapatkan maklumat2 yang boleh membantu mengatasi sebarang kelemahan dalaman parti. Kerana saya telah menghayati dari pelbagai aspek betapa susah dan sukarnya seorang pemimpin itu berjuang untuk rakyat dan tanah air. Kadangkala boleh menitis air mata dan menyentuhkan hati sanubari kita. Percaya lah bukan senang untuk mendapat keamanan yang kekal abadi. Msy shahdad yusup hj taha hj baki salleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: