YangSaya Nampak

BR1M: Masih boleh kemukakan rayuan.

In Masalah masyarakat, Pilihan Raya Umum, Politik, Sarawak on March 18, 2012 at 11:10 pm

SELEPAS kumpulan kelima, para penerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mengemukakan rayuan akan diagihkan baucar kepada mereka.

Kini agihan kepada penerima BR1M kumpulan keempat baru sahaja selesai di Kuching, demikian menurut sumber Pejabat Residen Kuching.

Justeru, orang ramai yang menepati syarat permohonan tetapi gagal dalam permohonan sebelum ini perlu mengemukakan rayuan ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri. Kegagalan pemohonan sebelum ini adalah berpunca daripada masalah teknikal.

Mereka yang berkenaan masih boleh membuat rayuan berikutan tempoh permohonannya dilanjutkan selewat-lewatnya akhir bulan ini.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang dipetik menerusi laporan Bernama pada Ahad berkata borang permohonan yang dibuat sebelum ini akan disemak semula bagi memastikan pemohon yang benar-benar layak tidak terlepas daripada menerima bantuan wang tunai RM500 itu.

Sebelum ini kerajaan memutuskan 15 Mac sebagai tarikh akhir permohonan bagi individu yang tidak berjaya menerima bantuan.

Justeru, orang ramai wajar memanfaatkan peluang yang ada kerana kerajaan tidak membiarkan golongan yang layak tidak menikmati bantuan kewangan.

Tetapi harus diingat bahawa bantuan ini bukan semata-mata memancing undi apatah lagi kini dikatakan Dewan Rakyat akan dibubarkan pada bila-bila masa bagi memberi laluan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Pemimpin Barisan Nasional (BN) sudah memberi penjelasan munasabah di sebalik pemberian bantuan itu.

Ia adalah untuk membantu meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah.

Ada juga pemimpin BN memberitahu bantuan berbentuk kewangan lebih disedari rakyat berbanding pemberian subsidi dalam barangan keperluan seperti gula dan bahan api.

Oleh itu mereka menyedari keprihatinan kerajaan dalam membela kebajikan mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: