YangSaya Nampak

Hari Wanita Sedunia: Mendiang wanita unggul Sarawak – Tra Zehnder.

In Sarawak, Sosial on March 17, 2012 at 12:20 am

Mendiang Tra Zehnder ketika hayatnya

RASANYA masih belum terlewat untuk mengenang riwayat hidup dan pengorbanan seorang wanita yang menyerlah berbanding wanita-wanita lain seangkatan dengannya sempena Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac lepas.
 
Wanita berkenaan ialah Dato Sri Tra Zehnder. Beliau hebat dan beliau unggul. Kini kita sekadar mampu mengenang dan mendengar kisah hidupnya apabila beliau meninggal dunia pada malam 22 Julai 2011. 
 
Sarawak kehilangan wanita berjiwa patriot yang terbabit dalam politik khususnya di negeri ini.

Mendiang yang merupakan pelopor ahli politik wanita Bumi Kenyalang meninggal dunia pada usia 84 tahun di Hospital Umum Sarawak sekitar jam 9.30 malam kerana sakit.

Hari Wanita adalah simbolik kejayaan wanita seluruh dunia. Pada hari itu semua wanita seluruh benua tanpa mengira latarbelakang agama, geografi, kaum, budaya dan politik berkumpul, bermuafakat, bersatu dan bersama-sama menyambutnya dengan perasaan muhibah dan ceria.
Berbalik dengan kisah hidup mendiang Tra, adakah Sarawak bakal memiliki ahli-ahli politik lain yang amat cekal seperti mendiang?

Tra atau nama sebenarnya Philomena Tra Jemat yang lahir pada 25 Oktober di Miri merupakan anak kepada Inting Jemat dan Sara Unang, Iban berasal dari bahagian Sri Aman.

Mendiang merupakan seorang yang serba boleh iaitu sebagai seorang pelopor dan pengasas, pemimpin dalam bidang politik dan kerja amal dan seorang penegak hak kemanusiaan.

Pemergiannya satu kehilangan besar

Beliau merupakan seorang daripada pengasas Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) pada Mei 1957 dan wanita pertama dilantik menganggotai Dewan Undangan Negeri Sarawak dari 1960 hingga 1963.

Tra semasa menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri telah menyumbang kepada pembentukan Malaysia melalui peranan beliau sebagai wakil Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU).

Bukan itu sahaja, beliau melibatkan diri dalam pertemuan Cobbold Commission pada Februari 1962 dengan Inter-Goverment Committe yang dipengerusikan Lord Landsdown pada Ogos 1962 dan seterusnya dengan pasukan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 1963.

Tra Zehnder dalam akhbar

Beliau pernah menerima Anugerah Tokoh 1Malaysia-Tokoh Kemerdekaan sempena sambutan Hari Malaysia pada 10 Oktober 2009.

Beliau juga wanita Iban pertama dilantik sebagai temenggung di Kuching pada 1988 dan berkhidmat sehingga 1996.

Tra Zehnder juga merupakan wanita pertama dilantik sebagai Ketua Majlis Adat Istiadat Sarawak pada Mac 1996 selain bergiat aktif dengan kegiatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyumbang kepada usaha meningkatkan kebajikan dan keselesaan pelbagai golongan masyarakat termasuk juvana, pelajar dan wanita.

Tokoh ini juga pernah berkecimpung dalam kempimpinan parti politik di negeri ini termasuk sebagai pengerusi Sayap Wanita Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dari 1969 hingga 1983 dan pengerusi serta pengasas sayap wanita Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang ditubuhkan selepas berpisah daripada SNAP pada 1983. Beliau memegang jawatan itu sehingga 1988.

Ketika menerima Anugerah Datuk Patinggi Laila Taib

Pada Disember tahun 2010, Tra menerima Anugerah Datuk Patinggi Laila Taib sempena sambutan Hari Wanita Sarawak 2010 yang merupakan penjenamaan semula bagi Anugerah Tokoh Wanita sebelum ini.

Mendiang Tra memang tokoh wanita Sarawak yang unggul untuk dikenang sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: