YangSaya Nampak

NCR: Jangan buat tafsiran sendiri.

In Masalah masyarakat, NCR, Politik, Sarawak, Tanah Hak Adat Bumiputera on March 15, 2012 at 9:53 am

TANAH Hak Adat Bumiputera atau Native Customary Right (NCR) land antara isu yang amat berkait dengan hati setiap mereka yang tinggal di luar bandar – hanya sedikit kita dengar kes NCR dibangkitkan di bandar.

Justeru, ia merupakan antara modal yang paling banyak digunakan oleh parti-parti politik bukan kerajaan di Sarawak untuk memancing undi ketika musim pilihan raya. Sekarang ialah masa menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 dan kini juga masa sesuai untuk mereka yang berkenaan berusaha menjadi hero di kalangan rakyat.

Tanah merupakan kuasa di bawah bidang kerajaan negeri. Sarawak sering dikaitkan dengan kekayaan sumber dan antaranya ialah tanah yang luas – orang dari luar Sarawak sering berkata tanah tidak ada masalah kerana geografi Bumi Kenyalang yang luas.

Parti pembangkang seperti PKR dan DAP sering membayangkan dan mendakwa Barisan Nasional sebagai kerajaan yang merampas tanah rakyat. Walaupun tidak ada bukti bagi menyokong dakwaan demikian, tuduhan itu terus berkumandang dan bersahut-sahutan dalam ucapan ketika kempen pilihan raya atau sidang media mereka.

Apa yang lebih mengeruhkan keadaan apabila orang ramai terutama pemilik tanah muncul dengan tafsiran tersendiri dalam mengklasifikasikan tanah NCR. Susulan itu tanah milik kerajaan negeri ada yang didakwa sebagai tanah NCR – sudah pasti wujud konflik tentang status tanah jika wujud situasi demikian.

Akhbar The Star Edisi Sarawak pada 15 Mac 2012 dipetik memberitahu asas untuk mengklasifikasikan sesebuah tanah ialah NCR atau tidak ialah sudah digunakan sebelum 1 Januari 1958.

Digunakan maksudnya di sini ialah dibuka untuk kegiatan pertanian, penempatan atau kawasan perkuburan.

Jabatan Tanah dan Survei dalam artikel berita itu dipetik kerajaan mensasarkan 1.5 juta hektar tanah NCR untuk disukat menjelang tahun 2015. Kini seluas 2,000 hektar telah dilaksanakan penyukatannya dan diwartakan.

Penyukatan itu ialah untuk menyatakan sempadan yang sah antara tanah NCR dan tanah kerajaan negeri agar tidak wujud tuntutan salah pada masa depan.

Apabila selesai peringkat itu, kerajaan akan menyukat sempadan tanah milik perseorangan dalam lingkungan warta NCR yang disukat sebelum itu. Ia disusuli dengan pemberian surat hak milik tanah kepada pemilik-pemilik tanah NCR.

Dengan harapan apabila selesai atau kini dalam proses, segala tuduhan dan dakwaan bahawa kerajaan merampas tanah NCR akan lenyap dan yang penting tidak menjadi isu sebagai modal pembangkang dalam pilihan raya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: