YangSaya Nampak

Pengangkutan air masih relevan di Sibu.

In Pembangunan, Sarawak, Sosial on March 14, 2012 at 3:38 pm

SIBU merupakan bandar tepi Batang Rejang. Dari segi kedudukan sahaja sudah kita dapat mengagak pengangkutan air masih menjadi nadi utama perhubungan ke Sibu dan kawasan sekitarnya.

Kepentingan pengangkutan air dapat dilihat dengan kewujudan terminal penumpang bot ekspres di Sibu.

Sibu juga merupakan tempat membuat kapal yang kian mendapat tempahan dari luar negara. Di Batang Igan, di hilir bandar Sibu terdapat kawasan pembinaan kapal.

image

Di terminal penumpang Sibu, waktu paling sibuk ialah pagi – antara pukul 6 hingga 12 tengah hari. Itu masa yang sibuk bagi mereka yang memunggah barang masuk ke bot ekspres.

Pelbagai jenis barangan dipunggah – ada ayam hidup, perabot, motosikal, alat ganti kenderaan dan barangan makanan. Barang-barang tersebut akan dibawa ke kawasan hulu Batang Rejang dan muara.

Destinasi ke hulu ialah Kanowit, Kapit, Song dan Belaga. Manakala ke hilir ialah Bawang Asan, Tanjung Manis, Igan dan Daro.

Pengangkutan air merupakan mode termurah untuk dijadikan kargo pengangkut barangan jualan ke destinasi.

Selain dibawa ke hulu dan muara, barang hasil pertanian juga dihantar menggunakan bot ekspres ke bandar Sibu.

image

Terminal penumpang Sibu yang lengang menjelang petang.

Kesibukan terminal penumpang Sibu akan lebih ketara apabila tiba musim perayaan terutama Gawai Dayak, Krismas dan Hari Raya Aidilfitri. Maknanya masih ramai yang menggunakan pengangkutan air untuk balik kampung.

Apabila jalan raya dan pengangkutan udara tidak ada, maka pengangkutan sungai menjadi pilihan pengembara.

image

Menyedari kepentingan pengangkutan air di kalangan orang ramai di Sibu, kerajaan membina terminal penumpang bot ekspres.

Ia satu kemudahaj yang wajar dihargai orang ramai. Dahulu, waf ekspres di Sibu agak bercelaru dan kurang mementingkan keselamatan pengguna.

Kini itu sekadar menjadi sejarah dengan adanya kemudahan disediakan.

image

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: