YangSaya Nampak

Belek-belek cerita SPDP dalam ‘paper’

In Barisan Nasional, Krisis SPDP, Politik, Sarawak, Uncategorized on March 11, 2012 at 10:53 pm

AHAD memang kebiasaan bagi saya beli banyak newspaper kemudian duduk di satu sudut rumah untuk membaca Berita Harian, Utusan Sarawak, Utusan Borneo, The Star dan The Borneo Post.

Di sudut itu saya akan menilai sedikit sebanyak apa yang berlaku sekitar politik Sarawak. Politik maksud saya ialah perkembangan parti-parti politik Barisan Nasional. Dikatakan Barisan Nasional berhadapan sedikit masalah yang berkisar SPDP dan SUPP.

Saya lebih gemar melihat terhadap perkembangan SPDP dan bekas para pemimpin parti itu yang dipecat sejak November 2011 – bermula dengan Datuk Sylvester Entri Muran dan disusuli empat yang lain, Datuk Peter Nansian Ngusie, Datuk Dr Tiki Lafe, Rosey Yunus dan Paulus Palu Gumbang.

Perkembangan terbaru tentang SPDP dan bekas SPDP ialah apabila mereka berlima dikaitkan dengan usaha penubuhan parti politik baru yang dikenali Teras.

Susulan ura-ura itu Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang diminta mengulas mengenai penubuhan Teras oleh Nansian, Entri, Tiki, Rosey dan Paulus memberitahu beliau tidak menyokong penubuhan parti politik baru.

Jelas beliau penubuhan parti itu mungkin menemui jalan buntu jika mendapat bantahan komponen Barisan Nasional yang lain.

Lantaran itu beliau memberitahu beliau lebih gemar jika melihat dua kumpulan tersebut dapat berdamai kembali demi melaksanakan perjuangan Barisan Nasional dengan muafakat.

Tetapi saya baca Utusan Borneo pada Ahad (11 Mac 2012) Nansian membayangkan agak sukar untuk berdamai dan kembali semula ke pangkuan parti apabila mereka dipecat.

Pada hari yang sama Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan Ikom, dipetik menerusi akhbar Berita Harian berkata, SPDP sedia menerima semula lima wakil rakyat terbabit ke dalam parti.

Jika benar begitu apa salahnya mereka berlima dan mereka yang dalam SPDP berbaik-berbaik semula demi kebaikan Barisan Nasional dan seterusnya membawa manfaat kepada rakyat memandangkan Barisan Nasional adalah parti pemerintah.

Segala apa yang baik harus dijadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Apatah lagi Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa sahaja – Barisan Nasional perlu mengukuhkan parti dan menyelesaikan masalah berkaitan agar tidak wujud soal perbalahan dalaman Barisan Nasional.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: