YangSaya Nampak

Sihat dan kesihatan.

In kesihatan, Masalah masyarakat, Sosial on March 10, 2012 at 1:26 am

KEDAI makan dan minuman itu sentiasa penuh antara pukul 12 dan 1 tengah hari pada hari bekerja. Saya perhatikan ada satu kedai yang amat laris jualannya – menjual makanan halal. Saya tahu sebab saya hampir tiap hari juga makan di kedai berkenaan.

Apa yang membezakan saya dengan majoriti pelanggan yang lain ialah saya pilih menu sayur sawi bersup dan nasi putih sebagai hidangan makanan tengah hari. Menyedihkan apabila saya terlihat beberapa kumpulan yang kerap makan di situ asyik makan nasi goreng kampung, mee goreng, mee hailam, kue tiaw goreng atau menu lain mengandungi kolestrol tinggi.

Piramid makanan Malaysia

Mereka tidak tahu atau sengaja enggan peduli bahawa makanan berserat itu amat penting – serat itu diperolehi dengan mengambil makanan seperti sayur, kekacang, bijirin dan buah.

Itu satu kisah.

Ini kisah yang lain.

Di majlis-majlis keramaian acap kali saya memerhati gelagat para tetamu. Mereka suka makan dan makan hingga perut membonjol ke depan. Mereka bangga kerana dapat memenuhi tuntutan selera makan yang tinggi. Mereka enggan mengawal kehendak selera.

Buah-buahan membekalkan serat

Bukan sahaja makanan dilonggokkan dengan banyak dalam pinggan, tetapi lebih teruk ialah berulang-alik mengambil makanan. Ini tidak ada niat untuk menghina atau mencaci sikap orang, tetapi saya cuma menceritakan tentang tabiat buruk pemakanan kita di Malaysia.

Mereka yang berkenaan juga tidak mengambil peduli bahawa waktu sudah hampir tengah malam. Mustahil untuk mereka melakukan kerja-kerja berat selepas balik ke rumah. Sudah pasti mereka masuk ke kamar dan terus tidur, justeru, membiarkan semua kalori yang diambil bertukar menjadi lemak.

Saya tidak hairan apabila ramai golongan belia pada masa kini memenuhi ruang-ruang klinik untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan mengambil bekalan ubat. Ada yang kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan macam-macam penyakit kronik. Mungkin berpunca daripada tabiat pemakanan.

Mereka tidak sedar meskipun masih muda, mereka juga dalam golongan berisiko untuk menghidap pelbagai jenis penyakit tidak berjangkit.

Baru-baru ini saya membaca artikel ditulis Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menerusi akhbar Berita Harian.

Beliau mengutarakan lima peraturan patut dipatuhi untuk menjadikan badan sihat.

Peraturan pertama ialah berhenti makan bila terasa kira-kira 80 peratus kenyang.

Pada kebiasaan, kita akan makan sehingga kenyang. Mengapakah kita mendera diri sendiri? Jika kita mengambil makanan dengan jumlah yang cukup untuk memenuhi keperluan nutrien harian, kita akan dapat mengawal pengambilan kalori.

“Saya sedar ini bukan mudah dilakukan memandangkan pelbagai jenis makanan ada di mana-mana. Tetapi kita boleh mengubah cara pemikiran dan menerima hakikat bahawa kita tidak perlu makan semua yang tersaji di hadapan kita. Kita harus menggunakan minda, bukan mengikut nafsu perut untuk mengawal selera makan,” kata Tiong Lai.

Tubuh badan memerlukan aktiviti fizikal untuk cergas.

Peraturan kedua ialah berjalan sekurang-kurangnya 8,000 langkah sehari. Berjalan adalah amalan harian yang dilakukan di rumah, tempat kerja atau pada waktu lapang.

“Jika boleh, pilih untuk berjalan kaki bukan memandu. Pergi berjalan di sekeliling pejabat atau kawasan, bukan berehat untuk menghisap rokok,” katanya lagi.

Peraturan ketiga ialah minum air sebanyak lapan gelas setiap hari, kerana air amat penting untuk mengnyahkan toksin dalam badan, membekalkan nutrien pada sel-sel dan menjamin fungsi-fungsi badan sihat.

Minum air kosong lapan gelas sehari

“Kebanyakan kita gagal mengamalkan peraturan minum lapan gelas air atau kira-kira dua liter ini. Saya dapati minum air segelas dua sebaik saja bangun tidur sangat membantu. Untuk sepanjang hari, cuba amalkan minum air biasa dan bukan minuman manis seperti teh atau kopi,” kata Tiong Lai lagi.

Peraturan keempat ialah makan malam sebelum pukul 8 malam. Tetapi kita perhatikan pada zaman kini banyak kedai makan dan restoran makanan segera bukan hingga pagi. Para peniaga buka sampai pagi sebab ada permintaan – bukan menyalahkan peniaga.

Ini menunjukkan kepada kita tabiat pemakanan yang sembarangan diamalkan oleh penduduk Malaysia. Makan nasi lemak tengah malam itu perkara biasa bagi anak-anak muda zaman sekarang. Juga ia berpunca dari gaya hidup yang suka keluar lepak-lepak dengan kawan-kawan dan tidur lambat.

Tidur mencukupi

Peraturan kelima ialah isti rahat yang cukup. Tidur mencukupi amat penting untuk kesihatan. Waktu tidur, kebanyakan anggota badan kita berehat.

Amalkan gaya hidup sihat dan selamat sejahtera.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: