YangSaya Nampak

Penjawat awam berterima kasih ekoran gaji naik dan SBPA dibatalkan.

In ekonomi, Masalah masyarakat, Sosial on March 10, 2012 at 12:11 am

SUSULAN pengumuman pembatalan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 8 Mac 2012, banyak forum dalam Internet di Malaysia membincangkannya.

Lumrah alam, apabila benda memanfaatkan mereka, maka manusia (penjawat awam) gembira, begitu juga jika SBPA diteruskan, mereka sudah pasti akan kecewa.

Seramai 1.4 juta penjawat awam gembira apabila kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib mendengar luahan tidak puas hati mereka berikutan rancangan pelaksanaan SBPA.

Ada yang mengaitkan pembatalan SBPA dengan menjelang pilihan raya umum ke-13. Tetapi hakikatnya, kerajaan Barisan Nasional memang mengutamakan kebajikan rakyat seperti yang dinyatakan menerusi slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Dalam forum Internet itu, seorang penjawat awam berkata:

“Terima kasih PM, cuepacs yang telah berjaya memperjuang hak kami. Seluruh kakitangan awam berterima kasih kepada Datuk Najib kerana prihatin dengan masalah kami. Alhamdulillah berbaloi dengan penantian selama ini”.

Peserta forum lain berkata:

“mana2 skim pun boleh..asalkan memberi KEADILAN kpd semua pihak. setuju SPBA yg agak terdesak dilaksana diBATALkan. SSM pun dah cukup baik,. cuma naikkan saja matrik gaji….yang penting disini GAJI yang menarik utk semua,. RM,RM,RM….gunalah skim apa pun..nama skim tak kisah apa pun…asalkan % gaji ditingkatkan dari seadanya..apa2 terima kasih kepada PM dan Kerajaan kerana memberi pendekatan sama rata 13% kpd semua,. sapa keja lama gaji tinggi dapat lebih…sapa yang baru, gaji pokok agak rendah, sabar anda pasti akan menuju tangga gaji org lama nanti”.

Ada yang memberi komen:

“bagi saya keputusan kali ini lebih baik berbanding dgn SBPA tentang peratusan tu, takyahlah nak pertikai lagi 13% is good enough dlm keadaan ekonomi x menentu walaupun maklum harga barang besok mesti akan naik memang patut SBPA dimansuhkan kalau nak overhaul perkhidmatan awam, kena buat berperingkat yg SBPA ni main hentam saja & suruh sain paksa kerja orang tamak cuma saya sikit kecewa sbb deadwoods kat pejabat takleh nak kena buang menyemak, dahlah sama2 dpt naik”.

Malah ada yang memuji Najib dengan kata-kata seperti :

“Allhamdulilah..terima kasih PM..kami undi BARISAN NASIONAL..hidup Najib 3x…”.

Juga ada yang berkata:

“Kecewa juga bila SBPA dibatalkan, sepatutnya SBPA dtambah baik. Walaubagaimanapun bagus juga SSM ditambah baik kerana kita dah lama dibawah sistem ini.Dah tahu kelemahan dan kekuatannya. Kawan-kawan jgnlah melihat ‘exit policy’ sebagai satu dasar utk mengekang PA malas je. Sebenarnya ‘exit policy’ boleh juga digunakan apabila kita dah bergaji maksimum tp masih ada sisa-sisa tahun perkhidmatan dan ada pula peluang diluar kerajaan yg memungkinkan kita mendapat habuan yg lebih, bagus kita keluar melalui ‘exit policy’. Sekadar memberikan ‘idea’”.

Berikut ialah serba sedikit fakta yang dirumuskan mengenai pengumuman Perdana Menteri :-

Gaji Baru SSM Bagi Kakitangan Awam – Pelarasan 7 – 13%

  1. Struktur skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan setelah mula diperkenalkan pada 1 Januari lalu
  2. Kakitangan awam akan kembali semula menggunakan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik. Tetapi….
  3. Tetapi, Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang hendak digunakan semula bagi menggantikan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya bersifat sementara sahaja sehinggalah skim baru yang menyeluruh dirangka kelak.
  4. Penjawat awam yang telah mencapai tangga gaji maksima akan turut menikmati pelarasan gaji di bawah penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM)
  5. Bagaimana mekanismanya, semuanya akan dibincangkan dalam suruhanjaya yang ditubuhkan nanti
  6. Penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia, yang bukan saja membabitkan sistem saraan malah rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara
  7. Memansuhkan dasar pemisah (exit policy) selari dengan pembatalan dasar SBPA.

Gaji Baru SSM – Pecahan Pelarasan Gaji SSM

  1. Pelarasan gaji mengikut SSM melibatkan pelaksana & P&P (gred 1-54) – kenaikan 13 %
  2. Pelarasan gaji mengikut SSM melibatkan gred Utama & Khas C/B/A – kenaikan 9%
  3. Pelarasan gaji mengikut SSM melibatkan Turus 2 dan 3 – kenaikan 8%
  4. Pelarasan gaji mengikut SSM melibatkan Turus 1 & juga Ketua Setiausaha Negara KSN – kenaikan 7%

Struktur Gaji SSM Ditambahbaik

  1. SSM diubah daripada struktur Jadual Gaji Matriks kepada  Jadual Gaji Minimum-maksimum
  2. Kenaikan gaji tahunan (KGT) adalah mengikut gred masing-masing sama seperti yang terkandung dalam SBPA dahulu iaitu RM80 – RM320.
  3. Kadar KGT bagi JUSA dan ke atas pula kekal menggunakan Kenaikan Gaji Tahunan SSM dengan diberikan pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan. Mereka tidak ada sistem minimum – maksimum seperti gred 1-54

 Elaun Sara Hidup – Cola Naik

  1. Elaun Sara Hidup (COLA) kawasan B dan C naik RM50
  2. Elaun Sara Hidup (COLA) – kawasan B (di antara bandar dan pedalaman) = naik daripada RM200 ke RM250 sebulan.
  3. Elaun Sara Hidup (COLA) – kawasan C (pedalaman) =naik daripada RM100 ke RM150 sebulan

Insentif Lain

  1. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.
  2. Pegawai pendidikan dikekalkan penambaikan laluan kerjaya berasaskan time based 8 tahun seperti yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2012. Kerjaya yang lebih luas bagi guru memberi manfaat kepada lebih 400,000 golongan itu di seluruh negara. Oleh itu, guru siswazah (Gred DG41) dan bukan siswazah (DG29) kini tidak perlu menunggu sehingga 10 tahun untuk naik pangkat atau gred lebih tinggi
  3. Koperasi Sektor Awam 1Malaysia yang keanggotaannya terbuka kepada semua penjawat awam akan ditubuhkan untuk menambah pendapatan kumpulan pekerja tersebut

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: