YangSaya Nampak

Membangunkan potensi eko-pelancongan Sarawak.

In Pelancongan, Pembangunan, Sarawak, SCORE on March 8, 2012 at 8:32 pm

Burung Kenyalang yang menjadi lambang Sarawak sehingga digelar sebagai Bumi Kenyalang.

TAHUN ini, 2012, Sarawak menyasarkan kemasukan pelawat seramai empat juta orang berbanding tiga juta orang pada tahun 2011.

Industri pelancongan di Sarawak mampu diperkasakan berikutan gabungan pelbagai faktor yakni, antaranya, pepalcnongan berkonsepkan eko-pelancongan.

Jumlah hotel-hotel yang dinaik taraf juga semakin banyak, begitu juga dengan jumlah bilik, malah kadar sewa hotel di negeri ini juga merupakan antara yang termurah.

Pemandangan batu kapur yang indah di Taman Negara Mulu.

Sarawak juga negeri yang selamat berikutan jumlah kes jenayah, khasnya melibatkan pelancong secara puratanya adalah sebanyak 12 kes.

Justeru, menyedari potensi tersebut, baru-baru ini Ketua Menteri Sarawak memberitahu usahawan Bumiputera yang terbabit dalam sektor pelancongan akan dikumpulkan dalam satu entiti untuk mengukuhkan lagi penguasaan mereka dalam industri eko-pelancongan.

Rafflesia - tumbuhan eksotik terdapat di Taman Negara Gading.

Berikutan keserasian eko-pelancongan dengan masyarakat Bumiputera, ia memberi kekuatan kepada mereka untuk berkembang dalam industri pelancongan. Pengalaman luas dalam persekitaran akan membantu Bumiputera untuk menggerakkan eko-pelancongan khususnya di kawasan pedalaman yang kaya dengan khazanah alam.

Semua itu kemahiran itu boleh dijadikan sebagai pengukuh dalam membangunkan sektor pelancongan.

Pendekatan mengumpulkan semua usahawan pelancongan itu akan membentuk satu pakej menarik untuk ditawarkan kepada pelancong asing.

Tasik di Empangan Bakun akan menjadi kawasan tarikan pelancongan.

Pelancongan merupakan satu daripada bahagian dalam Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang bakal dibangunkan agar menjana pendapatan terhadap negeri dan rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: