YangSaya Nampak

Tandas – bersih dan meloyakan.

In Masalah masyarakat, Sosial on March 5, 2012 at 11:17 pm

TANDAS, sungguhpun ia merupakan tempat membuang najis tidak semestinya ia dibiarkan kotor dengan bau hapak dan hancing. Loya tekak bila keluar dari tandas yang tidak dijaga kebersihannya. Siapa yang bertanggungjawab menjaga? Kalau tanda awam, mestilah orang ramai yang menjaga kebersihannya.

Ada orang mengatakan kebersihan tandas menggambarkan sikap masyarakat setempat – pengotor atau sebaliknya. Justeru, jika pelancong melihat tandas kotor sudah pasti mereka melabelkan orang kita tidak bersih dan tidak bertanggungjawab terhadap harta benda kegunaan bersama. Malu dengan pelancong!

Bukan setakat ada bau hancing dan meloyakan, tetapi kebersihan tandas juga dinilai dari dindingnya – bebas dari contengan dengan perkataan dan lukisan lucah. Siap ditulis dengan nombor telefon (palsu atau benar) untuk dihubungi jika si lelaki berkehendakkan gadis. Apa, ingat dinding atau pintu tandas sama seperti dinding gua pada zaman pra sejarah? Tidak ada tempat lain untuk meluahkan perasaan, dinding dan pintu tandas jadi mangsa. Tetapi kadang-kadang lucu juga membaca contengan demikian.

Pada Disember 2011, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengeluarkan kenyataan mengatakan kebanyakan tandas awam di bandar raya itu bertaraf dua bintang.

DBKU melakukan penilaian terhadap 248 tandas awam termasuk gerai makan, hotel, pusat beli-belah, stesen minyak, pusat hiburan dan taman rekreasi sejak Julai 2011.

Sebanyak 64 tandas bertaraf satu bintang dan 70 pula hanya bertaraf dua bintang. Manakala 41 buah lagi bertaraf tiga bintang dan hanya 23 buah sahaja bertaraf empat bintang.

Dua sahaja tandas bertaraf lima bintang iaitu di Hotel Riverside Majestic dan di Hotel Grand Margherita.

DBKU dikatakan telah melakukan pelbagai usaha bagi meningkatkan tahap kebersihan tandas awam di sini sekurang-kurangnya mencapai taraf tiga bintang.

Bagaimanapun, terdapat peningkatan terhadap penggredan tandas awam sehingga ke taraf lima bintang setelah penilaian dilakukan sejak tahun 2007.

Antara kriteria yang dinilai ialah keadaan tandas mestilah bersih, lantai sentiasa kering, tidak berbau dan mempunyai estetika tersendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: