YangSaya Nampak

Sarawak pengeluar beras negara?

In ekonomi, Sarawak on March 5, 2012 at 10:41 pm

SARAWAK berpotensi untuk dibangunkan sebagai sebuah kawasan penanaman padi komersial kerana keluasan muka buminya.

Batang Lupar, Sri Aman merupakan kawasan terbabit dalam projek penanaman padi menerusi Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) Pertanian di bawah Projek Penggerak Ekonomi (EPP 11).

Projek itu membabitkan usaha sama antara Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian Sarawak, Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak, Jabatan Pengairan dan Saliran, Pejabat Residen Sri Aman, Bernas dan petani.

Projek membabitkan 5,100 hektar kawasan itu dikenal pasti ketika mesyuarat Kelana Jaya Lab yang diadakan pada Jun dan Julai 2010.

Sebelum itu pada 2003, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengenal pasti 3,500 hektar kawasan tanah (tidak termasuk Lingga/ Banting di Sri Aman) terdiri daripada tanah siri Bijat dan Pendam yang sesuai untuk tanaman padi.

Kawasan meliputi Tanjung Bijat, Sungai Gran, Sungai Entulang dikatakan mampu membekalkan air mencukupi untuk tujuan penanaman dua kali setahun.

Jumlah keseluruhan kawasan yang sesuai untuk penanaman tiga fasa di Stumbin/ Bijat membabitkan kawasan seluas 2,988 hektar meliputi siri Bijat dan Pendam.

Bagi tujuan projek, hanya 70 peratus dimanfaatkan untuk penanaman padi iaitu kira-kira 2,092 hektar.

Syarikat utama yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek itu ialah Bernas yang dilantik mulai 3 Ogos 2011.

Bernas menyokong usaha kerajaan dalam usaha meningkatkan pengeluaran padi di Sarawak dan ia bermula dengan projek perintis membabitkan dua rumah panjang.

Ketua Pegawai Eksekutif Beras Corporation Sdn Bhd, Kamaluddin Effendie dipetik menerusi Berita Harian baru-baru ini berkata, kerja penyediaan tanah bermula 16 Ogos 2011, diikuti penanaman padi pada 1 November 2011.

Hasil tuaian sudah dinikmati pada 17 Februari 2012 yang membabitkan 110 hingga 115 hari penanaman.

Penanaman membabitkan lokasi Blok C, Tanjung Bijat Skim JPS, Sri Aman, berukuran 77 hektar ditanam dengan padi MR219 di kawasan seluas 20 hektar membabitkan 114 petani daripada dua rumah panjang iaitu Rumah Luyoh dan Brodie.

Petani di rumah panjang tersebut dikatakan mula memahami tujuan projek selepas menyedari keuntungan dan potensi.

Dulu mereka bimbang tanah mereka dirampas dan projek itu helah semata-mata kerana syarikat dan kerajaan dikatakan hanya berhasrat untuk mengambil tanah mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: