YangSaya Nampak

Lebuh China (Lebuh Carpenter) lambang hubungan Cina dan Melayu di Kuching.

In Sarawak, Sosial on March 5, 2012 at 12:08 am

Lebuh China di Kuching, simbolik hubungan awal orang Melayu dan orang Cina.

MENURUT sejarah, orang Cina yang berhijrah dari tanah besar China menyusuri sepanjang Sungai Sarawak menerusi Santubong dan memilih kawasan bazar lama pada awal abad ke-18.

Pada ketika itu, belayar menggunakan kapal kayu merupakan satu-satunya cara pengangkutan yang ada.

Orang Cina yang berhijrah itu kebanyakannya bekerja sebagai buruh, tukang kayu, tukang masak, petani dan pedagang berasal dari kawasan pesisir China seperti Fujian dan Guangdong.

Dengan kedatangan mereka, Kuching memasuki era sejarah yang baru.

Cerita lisan dari kalangan orang tua klan Teochew, nama Kuching merujuk kepada telaga lama yang terletak di bahagian hulu Lebuh China di kawasan bazar lama. Telaga lama dalam dialek Teochew disebut sebagai ‘Kuching’.

Bazar lama termasuk Main Bazaar di tebing Sungai Sarawak merupakan kawasan aktiviti perniagaan terawal di Kuching.

Sistem barter wujud antara orang Cina di bazar lama antara orang Melayu yang tinggal di kampung seberang dan pesisir pantai pada ketika itu.

Orang Melayu membawa produk mereka seperti gula apong, atap nipah, tepung sagu, perabot rotan dan lain-lain ke bazar lama untuk pertukaran.

Itu merupakan sejarah serba ringkas tentang permulaan orang Cina di Kuching. Di situ juga menunjukkan sudah wujud interaksi harmoni di kalangan mereka dengan penduduk asal – orang Melayu.

Antara acara untuk mengenang kembali hubungan itu ialah Pesta Kuih Bulan Antara Budaya yang diadakan sebagai aktiviti tahunan di Lebuh China.

Pesta itu, selain orang Cina, ia membabitkan peniaga orang Melayu – bagi menggambarkan atau mengimbas kembali hubungan harmoni antara dua bangsa berbeza. Dan yang penting, keharmonian hubungan kaum itu telah memangkin usaha ke arah kemajuan bandar raya tersebut.

Lebuh China sehingga kini masih menjadi kawasan perniagaan. Di situ merupakan kawasan yang banyak menjual pelbagai perabot untuk rumah – di situ juga banyak kedai-kedai menjual barang-barang kemas.

Struktur bangunan lama sudah pasti mengimbau kenangan orang lama.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: