YangSaya Nampak

SCORE ubah landskap ekonomi dan kurangkan penghijrahan ke bandar.

In ekonomi, Sarawak, SCORE on March 4, 2012 at 9:35 pm

CUBA bayangkan keadaan negeri Sarawak jika pemimpinya gagal melihat dan merancang masa depan untuk mengubah sumber ekonomi. Sudah pasti ekonomi kurang berkembang, pembangunan lambat dilaksanakan dan taraf hidup rakyat sukar untuk ditingkatkan.

Sebab itu pemimpin di peringkat negeri sekarang adalah yang terbaik kerana mempunyai perancangan jelas untuk menukar landskap ekonomi Sarawak dalam tempoh beberapa tahun lagi. Ia bakal berlaku dengan pelaksanaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Setakat Ogos tahun 2011, Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) merekodkan nilai pelaburan berjumlah RM28 bilion membabitkan 11 projek terletak di Taman Perindustrian Samalaju di Bintulu.

Empat syarikat iaitu Press Metal Bintulu Sdn Bhd, Tokuyama Corporation Japan, Asia Mineral Ltd (Hong Kong) dan OM Holdings Ltd (Singapura) sudah memulakan kerja-kerja pembinaan.

SCORE akan memberi kesan terbesar dari segi melahirkan pekerja berkepakaran tinggi di kalangan penduduk luar bandar kerana ia dibangunkan di kawasan strategik luar bandar, sekali gus mengurangkan penghijrahan besar-besaran rakyat Sarawak ke bandar mahupun Semenanjung Malaysia untuk mencari peluang pekerjaan.

Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Profesor Dr Shazali Abu Mansor memberitahu SCORE dijangka menyediakan 500,000 peluang pekerjaan baru bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separuh mahir membabitkan lima pusat pertumbuhan utama iaitu Samalaju, Tanjung Manis, Mukah, Baram dan Tunoh menjelang tahun 2030.

“Kerajaan negeri komited melakukan transformasi daripada kebergantungan terhadap sektor pertanian kepada sektor perindustrian.

“Sebelum ini kita hanya melihat Sarawak sebagai negeri yang berasaskan pertanian namun situasi itu akan berubah dengan kemajuan SCORE. Impak yang bakal dirasai rakyat Sarawak melalui SCORE cukup besar,” katanya dipetik menerusi Berita Minggu baru-baru ini.

Shazali berkata, unjuran guna tenaga berkenaan dilihat realisitik selepas mengambil kira kelebihan negeri ini dalam menawarkan penggunaan tenaga pada kadar kompetitif terutama membabitkan sektor perindustrian berat.

Pembinaan empangan Bakun sebenarnya menjadi nadi penggerak pertumbuhan SCORE kerana industri berat seperti kilang aluminium, keluli dan perkapalan memerlukan keupayaan tenaga dalam kuantiti banyak.

Kemampuan SCORE menyediakan tenaga dalam kapasiti yang banyak adalah satu kelebihan bagi menarik masuk syarikat industri berkenaan.

Baru-baru ini SCORE menarik minat dua syarikat industri berat dari Jepun dan ini adalah petunjuk positif potensi besar koridor itu yang bakal beroperasi sepenuhnya pada tahun 2030.

Justeru, penduduk Sarawak akan mempunyai masa depan yang lebih baik di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN), iaitu sebuah kerajaan yang mempunyai masa depan dan matlamat yang jelas.

Rakyat di negeri ini akan mendapat banyak faedah apabila SCORE dilaksanakan sepenuhnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: