YangSaya Nampak

Rakyat berbelanja petunjuk ekonomi berkembang.

In ekonomi, Sarawak, Sosial on March 4, 2012 at 11:01 pm

LEBUH India di Kuching memang sejak sekian lama menjadi tumpuan orang ramai pada hujung minggu. Tetapi hari ini (4 Feb 2012) bilangan pengunjung agak luar biasa.

Bukan Lebuh India sahaja, bilangan orang yang keluar dan berbelanja turut dapat dilihat di kedai-kedai di sepanjang Jalan main Bazaar dan di Electra House.

Malahan kedai gunting rambut dan kedai makan juga penuh dengan pelanggan.

Hampir setiap orang ada bungkusan di tangan – paling tidak bungkusan plastik kecil.

Lebuh India, Kuching, yang sentiasa sibuk dengan aktiviti jual beli.

Di sepanjang Kuching Waterfront dan Esplanade ramai pasangan dan mereka yang dah berkeluarga berjalan-jalan. Ada yang duduk untuk meredakan kepenatan selepas berjalan jauh dan membawa barang belian.

Bukan orang tempatan sahaja, warga asing dari Indonesia dan Bangladesh turut ‘memeriahkan’ tempat komersial di sekitar pusat bandar raya Kuching.

Mungkin ramai orang keluar, terutama pekerja swasta, sebab baharu sahaja terima gaji. Mereka membeli barang keperluan untuk bekalan seminggu dua dan juga beli keperluan anak-anak seperti baju dan kasut.

Dari penilaian saya yang cetek ilmu pengetahuan tentang ekonomi, suasana itu menggambarkan orang ramai masih mampu berbelanja. Itu maknanya mereka ada pendapatan yang diraih hasil dari pekerjaan masing-masing.

Bagi saya itu juga petunjuk ekonomi domestik berkembang kerana wujud kitaran wang yang akan menyuburkan aktiviti ekonomi.

Sarawak dijangka akan mencatat pertumbuhan ekonomi pada kadar 5 peratus pada tahun 2012.

Bandar Raya Kuching menempuhi kemajuan.

Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dipetik menerusi akhbar sebelum ini berkata pertumbuhan itu mampu dicapai hasil permintaan domestik yang tinggi dan aktiviti-aktiviti ekonomi di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 dan di kawasan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

“Ekonomi negeri dijangka bakal mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan pada kadar 5 peratus pada tahun 2012.

“Pertumbuhan ini akan disokong oleh peningkatan dalam permintaan swasta dalam negeri dan eksport komoditi yang kukuh, wujud hasil dari harga komoditi yang tinggi dan permintaan serantau yang menggalakkan,” katanya.

Sementara itu, ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.2 peratus tahun 2012 yang dipacu oleh ketahanan penggunaan isi rumah dan pelaburan.

Pakar Ekonomi Bersekutu Moody”s Analytics Fred Gibson menerusi Utusan Malaysia berkatan ekonomi global yang semakin lembap dan pertumbuhan sederhana di negara kuasa ekonomi di India dan China akan memberi kesan pada industri Malaysia yang berorientasikan eksport.

Pertumbuhan eksport dijangka sederhana, iaitu corak yang akan berterusan sehingga awal 2012. Ketahanan penggunaan isi rumah dan pelaburan akan membantu mengimbangi pertumbuhan yang lebih sederhana pada masa depan.

Menurut Gibson, ekonomi Malaysia dianggarkan berkembang kukuh 4.5 peratus tahun-ke-tahun pada suku keempat tahun 2011.

Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang jitu pada suku keempat itu disokong oleh rangsangan pengeluaran perindustrian, perbelanjaan pengguna yang tinggi dan pertumbuhan kredit yang sihat yang meningkatkan permintaan domestik, walau pun berhadapan kegawatan ekonomi global.

“Kami menjangka pengguna isi rumah akan memainkan peranan bahagian yang besar di dalam pengembangan suku keempat yang menarik di mana pengimportan barangan pengguna berkembang secara purata 25 peratus tahun ke tahun,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: