YangSaya Nampak

Peter Chin usaha rapat SUPP dengan komuniti Cina di Kuching.

In Pilihan Raya Umum, Politik, SUPP on March 3, 2012 at 11:00 pm

TUGAS mencabar presiden SUPP, Datuk Seri Peter Chin kini ialah mengembalikan sokongan pengundi Cina di bandar di seluruh negeri Sarawak. Nampaknya, usaha itu kini digiatkan di Miri dan Kuching – Miri memang tempat beliau, manakala Kuching sebagai tempat simbolik kekuatan SUPP.

Semalam Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta Anggota Parlimen Miri itu kelihatan beramah mesra dengan masyarakat di Jalan Foochow, Kuching. Ini merupakan kali kedua pemimpin SUPP (selepas TDC 2011) bertandang ke Pasar Jalan Foochow. Sebelum ini setiausaha agung SUPP, Dr Sim Kui Hian. Dan kali ini, Dr Sim turut mengiringi Peter Chin.

Adakah itu ‘pelan’ menjelang pilihan raya umum ke-13? Atau ia rancangan jangka panjang demi memulihkan sokongan orang Cina terhadap SUPP. SUPP ingin bangkit dan menenggelamkan penguasaan DAP yang memegang watak super hero di mata orang Cina.

Ramai yang setuju apabila SUPP dikatakan tewas dek kelantangan DAP mengkritik kerajaan dalam apa jua polisi dan tindakan. Tetapi orang Cina gagal menyelami apa sebenarnya peranan SUPP dalam kerajaan. Mereka menggunakan saluran perbincangan dan diplomasi dalam menyuarakan masalah rakyat, berbanding DAP yang memegang watak pembangkang yang berusaha merampas tampuk pemerintahan dari Barisan Nasional (BN).

Apabila mengatakan Kuching merupakan simbolik terhadap perjuangan SUPP – maksudnya kerusi Parlimen Bandar Kuching harus dirampas dari penguasaan DAP yang diwakili setiausaha DAP Sarawak, Chong Chieng Jen. Kerusi ini penting untuk dimenangi kerana ia umpama pencetus semangat terhadap pemimpin dan ahli SUPP agar bekerja lebih gigih.

SUPP kini dilihat umpama kapal bakal karam yang jauh dari daratan – kerja-kerja menimba air keluar dari perut kapal memerlukan usaha gigih, kerjasama jitu dan semangat tinggi.

Yang jelas sekarang ialah wujud usaha (belum cukup gigih) dan semangat (juga belum tinggi), tetapi mereka tidak ada kerjasama jitu. Mereka ada dua kumpulan sekarang.

SUPP Peter Chin dan SUPP Datuk Seri Wong Soon Koh (bekas timbalan setiausaha agung). Dua kumpulan ini wujud ketika pra dan pasca persidangan perwakilan tiga tahun sekali (TDC) Disember 2011.

Persoalan sekarang ialah, bila SUPP akan mencapai kerjasama jitu dalam mengembalikan sokongan pengundi – soalan itu wajar dijawab sebelum mereka bekerja di luar parti yakni merapatkan diri dengan masyarakat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: