YangSaya Nampak

Archive for March, 2012|Monthly archive page

Jawatan kosong di Sarawak Energy Berhad.

In Sarawak, Sosial on March 31, 2012 at 1:52 pm

image

Advertisements

Iklan jawatan kosong perkhidmatan awam negeri Sarawak.

In Sarawak, Sosial on March 31, 2012 at 1:47 pm

image

Keputusan PCM untuk tidak tanding PRU-13 dialu-alukan.

In Barisan Nasional, Pilihan Raya Umum, Politik, Sarawak on March 31, 2012 at 2:57 am

PILIHAN RAYA UMUM ke-13 diramalkan semakin dekat dan semua parti politik dilihat semakin merapikan persiapan.

Apatah lagi media – sudah memainkan peranan masing-masing. Media pro pembangkang dengan serangan sibernya yang semakin bertubi-tubi dalam usaha memburuk-burukkan kerajaan.

Saya agak tertarik dengan media pro pembangkang, jika semakin dekat pilihan raya, semakin banyaklah cerita-cerita ‘menarik’ untuk mereka siarkan menerusi blog atau portal berita. Umpama sebelum ini tidak ada masa untuk mereka-reka cerita. Mereka menanti saat-saat sesuai untuk meraih simpati rakyat dengan cuba mengatakan mereka sahaja yang betul dan pandai mentadbir.

Dalam kehangatan cerita dongeng dan rekaan, saya juga terbaca tentang Parti Cinta Malaysia (PCM). Parti yang dipengerusikan oleh bekas ADUN Ngemah (Bebas), Gabriel Adit Demong mengesahkan mereka tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 di Sarawak.

Dipetik menerusi laporan berita Borneo Post Online, dia memberitahu ia adalah berpunca dari faktor kewangan.

Bagi saya memang bagus juga untuk tidak bertanding kerana ia memberi peluang lebih tinggi terhadap kemenangan Barisan Nasional di Bumi Kenyalang yang memiliki 31 kerusi Parlimen.

Biarkan Barisan Nasional terus mendapat sokongan padu penduduk di Sarawak demi pembangunan yang terjamin dan terancang terutama di kawasan luar bandar yang masih memerlukan kemudahan infrastruktur.

Meskipun Sarawak masih ditadbir oleh Barisan Nasional di peringkat negeri, tetapi adalah amat penting untuk mengekalkan pemerintahan kerajaan persekutuan di tangan Barisan Nasional juga.

Bila ada keserasian di peringkat persekutuan dan negeri, baharulah senang untuk melaksanakan program pembangunan.

Lagipun saya yakin PCM mengambil keputusan itu berikutan kekurangan sokongan diraih semasa pilihan raya negeri Sarawak pada April 2011. Gabriel Adit sendiri yang bertanding dalam usaha mempertahankan kerusi DUN Ngemah, terpaksa akur di tangan kehebatan calon Barisan Nasional.

Jadi, keputusan itu memang tepat dan dialu-alukan oleh rakyat yang ingin menyaksikan Sarawak muncul sebagai sebuah negeri maju dan stabil politiknya.
PCM Sarawak tidak akan bertanding pada PRU13: Adit

Posted on March 30, 2012, Friday

KOTA SAMARAHAN: Parti Cinta Malaysia (PCM) Sarawak tidak akan bertanding di mana-mana 31 kerusi Parlimen negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ekoran daripada kekurangan dana.

Pengerusinya Gabriel Adit Demong berkata, PCM Sarawak memilih untuk tidak menyertai PRU memandangkan kosnya lebih tinggi berbanding pilihan raya negeri.

“Kami perlu ingat pilihan raya Parlimen terlalu tinggi kosnya melainkan kami mempunyai dana dan untuk itu, jadi saya merasa- kan adalah lebih baik tidak bertanding.

“Secara peribadi, saya tidak akan bertanding pada PRU13 namun jika ada mana-mana ahli parti yang mahu bertanding secara individu ia terpulang kepada mereka. Kami tidak akan menghalang mereka,” katanya.

Adit yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Ngemah berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran buku biografi Dato Sri Edmund Langgu di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, semalam.

“Kami memilih untuk tidak memikirkan pilihan raya Parlimen tetapi jika pilihan raya negeri barulah kami berusaha sedaya upaya,” ujarnya.

Adit individu yang tidak asing kepada politik Sarawak, pernah memenangi kerusi DUN Ngemah dalam pilihan raya negeri 1991 di bawah tiket Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), seterusnya pada 1996 dan 2001.

Pada 2006 beliau bertanding sebagai calon Bebas dan berjaya mempertahankan kerusinya bagi penggal keempat berturut-turut selepas menewaskan dua calon iaitu Alexander Vincent daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) sebagai calon BN dan Richard Lias daripada Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

Bagaimanapun pada pilihan raya 2011, Adit gagal mempertahankan kerusi Ngemah pada penggal kelima apabila beliau tewas dalam pertan-dingan lima penjuru.

Dengan kekalahan itu, BN ber- jaya merampas semula kerusi DUN Ngemah melalui calonnya Alexander Vincent.

Tiga pekerja lombong arang batu warga China maut.

In Sosial on March 31, 2012 at 2:34 am

KUCHING (Borneo Post Online) – Three China nationals died from suspected smoke inhalation after a fire broke out inside a tunnel at a coal mine in Abok, near Pantu, about 80km from Sri Aman yesterday.

Ten other Chinese workers sustained light injuries when the fire was first detected inside the tunnel at 8am, and received treatment at hospitals in Serian and Kuching.

Sri Aman district police chief DSP Mat Jusoh Mohamad confirmed the incident when contacted yesterday, adding that police had classified the deaths of the three victims, who have yet to be identified, as sudden death pending further investigation.

According to him, initial investigation revealed that the fire broke as a result of a spark inside the narrow tunnel, which was filled with naturally-formed gas, sending eight workers inside scrambling for their lives.

“Around 3pm, a second group of five workers went back into the tunnel to check the situation, but fled when they saw the fire was still raging and sustained injuries in their haste to escape.

“It is still unclear if the three fatalities are from the initial group inside the tunnel or the subsequent group which went to check,” said Mat Jusoh.

The trio, he added, died from suspected smoke inhalation, with one succumbing at the Serian hospital and the other two at a private medical centre in Kuching.

He also said that police would be interviewing the coal mine owner to get a clearer picture of the incident.

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/03/31/three-die-ten-injured/#ixzz1qctQv46V

Pekebun kecil digesa tanam pokok getah baka baru untuk lebih pendapatan.

In ekonomi, Sarawak, Sosial on March 31, 2012 at 2:23 am

KEPELBAGAIAN sumber pendapatan di kalangan penduduk Sarawak terutama dalam bidang pertanian tidak mustahil memandangkan faktor tanah yang luas belum diterokai.

Kita sering didedahkan dengan tanaman kelapa sawit yang tidak dapat dinafikan lagi mampu memberi kekayaan kepada pengusahanya.

Malah, masa depan perladangan kelapa sawit tidak usah diragui memandangkan produknya mempunyai tempat di pasaran antarabangsa meskipun wujud unsur-unsur ingin mensabotaj di kalangan pesaing-pesaing dalam industri yang sama.

Selain kelapa sawit, tanaman getah dilihat memiliki potensi tersendiri jika dinilai dari sudut keperluan produk getah dalam industri terutama yang berasaskan getah, misalnya tayar kenderaan.

Justeru, pekebun kecil di negeri ini wajar memanfaatkan peluang menyertai skim penanaman semula pokok getah baka baru lebih produktif dan seterusnya memberikan pendapatan lebih tinggi.

Baka baru yang diperkenalkan berupaya menghasilkan susu getah yang lebih banyak dan berkualiti.

Pengenalan getah baka baru, Latex Timber Clone (LTC) yang mampu menghasilkan susu getah dengan lebih banyak dan berkualiti, merupakan satu langkah kerajaan ke arah merancakkan industri getah negara ini, memandangkan ia merupakan punca pendapatan kepada lebih 260,000 pekebun kecil.

Industri getah dijangka akan menyumbang kepada pendapatan negara melalui peningkatan eksport produk-produk getah Malaysia dari RM32.4 bilion pada 2011 kepada RM98 bilion pada 2020 kelak.

Di samping itu purata pendapatan tahunan pekebun kecil juga dijangka akan meningkat sebanyak 51 peratus iaitu daripada RM1,435 bagi sehektar (tanaman getah) pada tahun 2011 kepada RM2,167 pada tahun 2020.

Pada tahun 2011, kerajaan meluluskan peruntukan RM53 juta bagi melaksanakan program penanaman getah bermutu tinggi di
negeri Sarawak.

Dipetik menerusi laporan  Utusan Malaysia pada Oktober 2011, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Alfred Jabu Numpang berkata, program tersebut yang bermula sejak awal tahun ini melibatkan penanaman semula getah serta penanaman anak pokok baharu oleh para pekebun kecil.

“Program penanaman semula getah diselia oleh Lembaga Kemajuan Pekebun Kecil Getah (RISDA) manakala penanaman anak pokok baharu pula adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Pertanian.

“Kita menyasarkan kira-kira 200,000 hektar kawasan akan ditanam dengan getah dalam tempoh sembilan tahun akan datang dan sebagai permulaan, kerajaan negeri telah menyediakan kawasan seluas kira-kira 10,000 hektar tahun ini,” katanya.

Batal projek peleburan aluminium – di sebalik penjelasan masih ada menilai dengan cara negatif.

In Barisan Nasional, Pembangunan, Sarawak, SCORE on March 29, 2012 at 11:32 pm

SEORANG rakan pada lewat petang 27 Mac 2012 ‘tag’ saya di Facebook tentang berita ‘besar’ untuk Sarawak pada hari itu.

Artikel berita dari sebuah portal itu mengatakan CMS dan Rio Tinto membatalkan perjanjian untuk membina kilang melebur aluminium di Samalaju – kawasan dalam Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Wah, dalam hati saya perkembangan terbaru itu memang besar dan sudah pasti ada akhbar di Sarawak yang mengetengahkan berita itu di muka depan pada keesokan hari.

Dan memang benar telahan saya bahawa ada akhbar yang memaparkan berita pengumuman Cahya Mata Sarawak menerusi kenyataan media.

Utusan Borneo dipetik melaporkan begini:

“Cahya Mata Sarawak (CMS) semalam mengumumkan surat perjanjian di antara Rio Tinto Aluminium (Malaysia) Sdn Bhd (RTA), sebuah anak syarikat milik penuh Rio Tinto PLC, dengan Samalaju Aluminium Industries Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh CMS, dan Memorandum Persefahaman antara Sarawak Energy Bhd (SEB), CMS dan RTA sudah ditamatkan menerusi persetujuan semua pihak.

Pengarah Urusan Kumpulan CMS Datuk Richard Curtis, berkata CMS dan RTA sudah berusaha selama beberapa tahun untuk melancarkan projek peleburan aluminium tetapi tidak dapat memuktamadkan terma bekalan tenaga komersial dengan SEB yang dapat memenuhi pertimbangan kewangan dan kepentingan ekonomi pihak-pihak terbabit.

Sehubungan itu, RTA dan CMS bersetuju untuk menamatkan rancangan bagi membina sebuah kilang peleburan aluminium di Samalaju tetapi tetap terbuka kepada kerjasama lain pada masa depan”.

Susulan itu pada malam itu juga sudah ada analisis rambang beberapa pihak bahawa tindakan berkenaan adalah keputusan politik – apa dimaksudkan dengan politik pihak itu saya sendiri pun tidak faham.

Bagi saya SCORE itu penting – meskipun saya sekadar rakyat biasa – kerana dari apa yang dijelaskan oleh Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebelum ini ia merupakan wawasan dan impian kerajaan negeri untuk melihat Bumi Kenyalang maju.

SCORE dikatakan mampu meningkatkan KDNK negeri Sarawak berikutan  pertumbuhan industri-industri berintensifkan tenaga. Tenaga yang dijual pada harga kompetitif bagi menggalakkan pelabur menanam modal di negeri ini.

Lagipun tumpuan utama SCORE ialah kawasan tengah. Maknanya, kawasan antara Samalaju di Bintulu dan Tanjung Manis di Mukah akan giat membangun dalam tempoh beberapa tahun mendatang.

Bagaimanapun Pehin Sri Abdul Taib memberitahu perancangan SCORE tidak terjejas dengan pembatalan perjanjian antara dua pihak terbabit.

Beliau dipetik menerusi akhbar berkata dua pelabur lain juga menaruh minat untuk menjalinkan kerjasama dengan Cahya Mata Sarawak dalam industri yang sama.

Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pula memberitahu kegagalan mencapai kata sepakat dalam rundingan mengenai tarif elektrik faktor pembatalan perjanjian oleh Rio Tinto.

Malahan Datuk Amar Awang Tengah menegaskan kebimbangan sekarang bukan terhadap kekurangan pelabur, sebaliknya kekurangan keupayaan untuk membekal tenaga elektrik yang amat mustahak bagi menggerakkan industri-industri di SCORE.

Bagi saya penjelasan sedemikian sudah memadai dan tidak wajar mendapat analisis tidak berasas daripada pihak-pihak tertentu.

SCORE ialah satu perancangan teratur dan besar dalam meletakkan Sarawak sebagai sebuah negeri yang maju dari segenap aspek – bukan hanya ekonomi.

image

NCR diiktiraf dan Jabatan Tanah dan Survei terima anugerah dunia.

In Masalah masyarakat, NCR, Politik, Sarawak on March 29, 2012 at 1:17 pm

Seluas 49, 646 hektar tanah di negeri Sarawak telah diwartakan sebagai tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), sekali gus menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kerajaan sekadar bersandiwara dalam soal pengiktirafan tanah milik peribumi.

Statistik terkini setakat 29 Mac 2012 itu melibatkan 67 kawasan.

Kerja-kerja penyukatan sempadan pembahagi antara tanah kerajaan negeri dan tanah NCR kini sudah selesai membabitkan 226, 930 hektar. Keluasan yang masih disukat ialah 27, 102 hektar.

Sungguhpun demikian ada pihak yang masih memainkan NCR sebagai isu untuk dijadikan modal kempen memburuk-burukkan kerajaan terutama menjelang pilihan raya.

Apa yang mustahak dalam kerja-kerja mengukur sempadan itu ialah dapat memisahkan antara tanah milik kerajaan dan orang kampung yakni NCR.

Apabila selesai urusan mewartakan sebagai tanah NCR, kerja menyukat sempadan perseorangan boleh diteruskan.

Sudah pasti ini merupakan jaminan yang amat dinantikan oleh orang ramai yang memiliki kaitan dengan NCR.

image

Dalam pada itu, Jabatan Tanah dan Survei telah dipilih sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Dunia Geospatial 2012 bagi Pengurusan dan Pentadbiran Tanah.

Ia merupakan pengiktirafan antarabangsa terhadap pelaksanaan Sistem Maklumat Tanah dan Survei oleh jabatan tersebut.

image

Sumber semula jadi luar bandar Sarawak diteroka demi pembangunan.

In ekonomi, Pembangunan, Sarawak, SCORE on March 29, 2012 at 12:00 am

Abdul Taib ... arkitek pembangunan negeri Sarawak.

JIKA begitu perancangan di Sarawak, rasa-rasanya rakyat memahami ke mana arah dan hala tuju negeri ini dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun lagi.

Kawasan bandar sudah pasti kekal menjadi bandar, manakala yang penting sekali ialah perubahan wajah luar bandar. Tidak semestinya kampung menjadi bandar – maksudnya kemudahan di luar bandar terutama di pedalaman lebih baik berbanding sekarang.

Jika sekarang jalan tidak berturap, tidak hairan jika dalam masa setahun dua lagi jalan itu bertukar licin meskipun sekadar jalan desa.

Mungkin pekan bertukar statusnya menjadi bandar, dan daerah bertukar menjadi bahagian. Tidak mustahil kerana ia berlaku terhadap Daerah Betong dan Daerah Mukah yang sudah 10 tahun menjadi Bahagian di negeri Sarawak.

Ini semua berlaku kerana wujudnya potensi untuk lebih berkembang di kawasan luar bandar.

Luar bandar menyimpan pelbagai khazanah alam yang berupaya diteroka dan seterusnya menjadi penyumbang terhadap pendapatan negeri dan rakyat.

Justeru Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud baru-baru ini memberitahu projek-projek pembangunan akan diteruskan di luar bandar agar jurang perbezaan tidak terlalu ketara dari segi kemudahan infrastruktur.

Dalam Borneo Post Online, Ketua Menteri Sarawak dipetik berkata kerajaan akan memberi lebih banyak tumpuan kepada luar bandar memandangkan kawasan itu mempunyai potensi lebih besar untuk menggerakkan ekonomi Sarawak ke tahap lebih tinggi.

Kawasan luar bandar yang luas di negeri menjanjikan prospek amat cerah berikutan kekayaannya dari segi sumber asli dan tanah yang perlu diterokai untuk tujuan pembangunan.

Menjadikan kawasan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) sebagai contoh, katanya, kawasan itu yang dahulunya sangat mundur bakal menjana berbilion-bilion ringgit bukan sahaja untuk negeri ini, tetapi juga negara.

“Mereka yang tidak memahami perkara ini, harus cuba memahaminya kerana potensi lebih besar untuk Sarawak datang dari kawasan luar bandar.

“Bagaimanapun, penduduk Sarawak perlu bersama-sama dengan kerajaan untuk memainkan peranan dalam ‘polisi mengejar pembangunan’ (catch-up plan) bagi memastikan matlamat untuk mengangkat ekonomi kita mampu dicapai,” katanya dipetik menerusi www.theborneopost.com ketika berucap merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Betong Diisytiharkan menjadi Bahagian Ke-11 di Sarawak, di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, di Betong baru-baru ini.

Harga minyak kekal

In Masalah masyarakat on March 28, 2012 at 8:56 am

Harga bahan bakar tidak dinaikkan. Apa komen anda?

Ramai di kalangan pihak yang berprasangka buruk terhadap kerajaan berkata-kata sinis apabila membaca tajuk utama Utusan Malaysia pada Rabu, 28 Mac 2012 – “Harga RON95 kekal. Kerajaan tanggung subsidi 10 sen seliter elak beban rakyat”.

Mana tidaknya mereka begitu berharap kerajaan pusat menaikkan harga minyak meskipun berlaku kenaikan bahan api di peringkat global.

Apabila harga naik, maka mudah bagi mereka memburuk-burukkan kerajaan, atau dengan kata lain cuba menangguk di air yang keruh.

Tetapi kini pun golongan terbabit mula menyebarkan ura-ura kerajaan akan menaikkan harga petrol jika mereka menang pilihan raya umum kelak.

Maka mereka cuba menyemai benih kebencian di kalangan orang ramai menjelang pilihan raya dengan harapan pilihan ketika mengundi beralih arah dari Barisan Nasional.

Kini harga petrol RON95 kekal RM1.90 seliter. Ia dikekalkan pada paras tersebut apabila kerajaan menambah subsidi sebanyak 10 sen bagi bulan ini iaitu kepada RM1.03 seliter.

image

Artikel dan gambar yang penuh makna di Utusan Malaysia.

Keputusan aktifkan Program Pengurusan Keluarga memang elok!

In Masalah masyarakat, Sarawak on March 28, 2012 at 1:10 am

ADA orang dengan nada sinis mengatakan jika tidak mampu membayar gaji tidak usah hendak berlagak menggunakan khidmat orang gaji.

Ia adalah susulan bayaran gaji RM700 kepada orang gaji warga Indonesia untuk melakukan satu tugas sahaja.

Lantas ada mereka yang kurang memahami mengapa ada sesetengah orang terpaksa menggaji orang lain untuk memasak, menjaga anak dan membasuh pakaian.

Jawapannya sebab pasangan suami-isteri itu terpaksa sama-sama bekerja. Jika si isteri tidak bekerja, pendapatan isu rumah mereka akan menyusut.

Dan memang sudah menjadi trend sekarang ialah pasangan suami-isteri sama-sama mencari nafkah.

Kos sara hidup yang semakin tinggi pada masa kini menyebabkan mereka terpaksa bekerja. Kadang-kadang ada yang buat kerja sambilan.

Tetapi bagi mereka yang terdiri daripada tauke-tauke besar tidak usah banyak cerita, setakat RM700 mungkin kacang saja bagi mereka.

Janganlah pula nanti apabila dikehendaki membayar gaji pekerja RM700 sebulan banyak pula rungutan – sedang pembantu rumah itu sudah lakukan kerja-kerja rumah. Jangan ada pula yang mendera pembantu rumah berkenaan.

Memahami masalah golongan yang kurang mampu membayar gaji pembantu rumah yang agak tinngi itu, kerajaan negeri Sarawak akan menghidupkan semula Program Pengurusan Keluarga (PPK) bagi menyediakan khidmat pembantu rumah, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja dari Indonesia.

Apa yang dicadangkan Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah itu memang ada elok dan wajar diberi sokongan.

image