YangSaya Nampak

Barisan Nasional guna strategi 4M untuk menang PRU 13.

In Barisan Nasional, Pilihan Raya Umum, Politik on February 22, 2012 at 11:44 pm

JENTERA penerangan Barisan Nasional akan menggunakan strategi 4M iaitu MB (Media Bersemuka), MC (Media Cetak), MD (Media Digital) dan ME (Media Elektronik) sebagai pendekatan untuk memenangi sokongan pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kelak.

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan memberitahu beliau telah mengarahkan Jawatankuasa Penerangan Barisan Nasional di setiap negeri melaksanakan pendekatan itu bagi mendekati pengundi dari segenap penjuru.

Biro itu sudah memasuki ‘gear 5’ dari segi persiapan menghadapi PRU dengan Sarawak negeri ke-14 dikunjunginya untuk bertemu Jawatankuasa Penerangan Barisan Nasional.

Laporan Borneo Post Online selanjutnya :-

Guna teknologi maya tarik sokongan golongan muda

Posted on February 19, 2012, Sunday

KUCHING: Jentera penerangan Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya menggunakan teknologi media maya dalam usaha menarik sokongan golongan muda.

Susulan itu, semua jentera penerangan perlu memiliki laman web sendiri sebagai salah satu strategi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurut Ketua Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan, perkara ini perlu diusahakan segera untuk keberkesanan jentera di semua peringkat sama ada Pemuda, Wanita, cawangan mahupun ranting.

Menerusi perjumpaan bersama ahli jawatankuasa empat peringkat parti di semua negeri, jentera penerangan disarankan supaya menggunakan strategi 4M (Media Bersemuka, Media Cetak, Media Digital dan Media Elektronik) bagi menghadapi PRU13.

Strategi itu penting untuk memastikan keberkesanan jentera penerangan di pelbagai peringkat parti pada PRU13 akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: