YangSaya Nampak

Apa hebat pada debat?

In Pilihan Raya Umum, Politik on February 21, 2012 at 7:15 am

KETIKA masih di bangku sekolah, sering kita dengar pertandingan bahas atau dikenali sebagai debat. Seorang cikgu memberitahu bahas ialah satu bentuk latihan bercakap dan berfikir segera ketika dalam situasi tertekan.

Sekarang kerap perkataan debat digunakan oleh ahli-ahli politik terutama menjelang pilihan raya, apatah lagi selepas perdebatan antara presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Sabtu lepas. Ramai warga maya berpendapat debat seumpama itu merupakan satu aktiviti politik yang wajar dilakukan.

Siapa menang dalam debat itu? Itu terpluang dengan intepretasi masing-masing. Tetapi pasti penyokong DAP atau parti pembangkang memenangkan Guan Eng, manakala Soi Lek dianggap pemenang oleh penyokong MCA dan Barisan Nasional.

Malahan ada yang menyarankan agar debat diadakan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di Sarawak kini kedengaran cabaran oleh Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng meminta pemimpin-pemimpin SUPP seperti Datuk Seri Peter Chin dan Dato Sri Wong Soon Koh agar mereka berdebat.

Apa yang hebat pada debat?

Apakah debat dapat menyelesaikan masalah rakyat? Apakah debat mampu memberi kemudahan seperti jalan raya dan sekolah yang wajar dibina agar dapat meningkatkan taraf hidup rakyat terutama mereka yang di luar bandar?

Apa yang nyata debat adalah landasan untuk menunjukkan kepada umum siapa yang bijak memutar belit  kata-kata dan seterusnya berharap dengan demikian mampu melonjakkan populariti politik di mata rakyat.

Apakah dengan bijak berkata-kata mampu melakukan urusan pentadbiran negara dengan baik?

Di Sarawak, apa yang hendak dibahaskan oleh Ho Leng? Sekadar ingin melonjakkan nama DAP atau dia sendiri menjelang pilihan raya dalam usahanya mempertahankan kerusi Parlimen Sibu dimenanginya pada 2010?

Sekali lagi diulangi, mampukah hujah-hujah debat menyelesaikan masalah dihadapi rakyat? Jangan sampai orang luar melabel kita umpama NATO – No Action Talk Only – apabila gah bercakap berapi-api tapi gagal melaksanakan tanggungjawab.

Senario cabar mencabr untuk membuktikan kepetahan bercakap sudah wujud sebelum pilihan raya negeri Sarawak pada tahun 2011. Baru  Bian (pengerusi PKR Sarawak) mencabar Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berdebat soal tanah hak adat peribumi (NCR) pada awal tahun 2011.

Cabaran itu disahut oleh Menteri Tugas-tugas Khas, Tan Sri Adenan Satem dan bagaimanapun, Baru Bian pula enggan setelah gelanggang perbahasan dibuka. Apa tidak layakkah Adenan berbahas dengan dia? Terlalu tinggikah status Baru hingga cabaran disahut oleh Adenan ditolak?

Menjelang pilihan raya umum, ada lagi suara-suara melontarkan cabaran. Apakah tujuan, apakah matlamat? Dan soalan paling mustahak, adakah rakyat beroleh manfaat dari debat?

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: