YangSaya Nampak

SCORE penyumbang terbanyak kemasukan pelaburan.

In ekonomi, Sarawak, SCORE on February 17, 2012 at 3:34 pm

KORIDOR Tenaga Diperbaharui Sarawak atau SCORE menyumbang RM7.7 bilion daripada RM8.162 bilion kemasukan pelaburan ke negeri Sarawak setakat November 2011. Kebanyakan pelaburan itu datang dari Timur Tengah.

Apa yang lebih membanggakan, Sarawak turut muncul sebagai negeri yang menerima pelaburan tertinggi jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Negara mencatatkan pelaburan berjumlah RM45.47 billion dalam tempoh sama.

SCORE merupakan projek besar di Sarawak dan merupakan usaha membangunkan ekonomi dan sosial negeri itu dengan memberi tumpuan di wilayah tengah.

Industri-industri yang bakal muncul kebanyakannya adalah berintensifkan tenaga berikutan potensi Sarawak dalam pengeluaran tenaga menerusi pembukaan empangan dan eksploitasi arang batu.

KOMPETITIF ... Tenaga elektrik dihasilkan empangan menyokong pertumbuhan industri intensif tenaga.

Pada 2009, Sarawak adalah negeri ketiga dalam KDNK pada 9.9 peratus selepas Selangor (23.3 peratus) dan Kuala Lumpur (15.6 peratus). Saiz KDNK Sarawak juga lebih tinggi dari Johor (9.7 peratus), Pulau Pinang (8.5 peratus) dan Kelantan (1.9 peratus).

Kemasukan pelaburan ke negeri ini disifatkan sebagai memberangsangkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato Jacob Dungau Sagan, baru-baru ini.

Beliau menaruh keyakinan keadaan itu akan merangsang pertumbuhan ekonomi Sarawak dan disusuli dengan pencapaian matlamat sebagai negeri terkaya di Malaysia menjelang 2030.

Ahli-ahli ekonomi tempatan, sebelum ini mengakui Sarawak berpotensi besar untuk menyumbang kepada transformasi pendapatan tinggi Malaysia kerana merupakan negeri yang kedua terkaya daripada segi pendapatan per kapita dan ketiga terbesar dalam Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Ketua Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng, dipetik menerusi Berita Harian pada April 2011, berkata:

“Dengan kurnian kekayaan sumber asli yang luas dalam tanah, perhutanan, pelancongan serta sumber tenaga diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui, Sarawak berada dalam kedudukan baik untuk menerajui pertumbuhan mampan dan seimbang di semua sektor, khususnya pertanian, perlombongan, pembuatan dan perkhidmatan”.

Foto hiasan: Sarawak negeri industri menjelang 2030 menerusi SCORE.

Daripada segi pendapatan per kapita, Sarawak menjadi negeri kedua terkaya iaitu RM30,318 selepas Kuala Lumpur (RM51,197). Bumi Kenyalang juga mendahului Pulau Pinang (RM29,569) dan Selangor (RM27,609).

Bagi memastikan Sarawak bergerak seiring dengan wawasan negara ke arah Wawasan 2020, Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak dilaksanakan sebagai satu projek berimpak tinggi.

SCORE merupakan antara koridor pembangunan yang dilaksanakan di seluruh negara dan dilancarkan pada 11 Feb 2008. Koridor ini bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi Sarawak serta mempertingkatkan kualiti dan taraf kehidupan rakyat Sarawak.

Projek gergasi ekonomi yang akan direalisasikan sepenuhnya pada 2030, dijangka dapat mempertingkatkan KDNK negeri itu lima kali ganda dan diunjurkan berkembang daripada RM23 bilion pada 2006 kepada RM118 bilion pada 2030.

Sebagai tambahan, pendapatan per kapita KDNK akan meningkat daripada RM23,193 kepada RM84,077 manakala bilangan peluang pekerjaan bertambah daripada 900,000 kepada 2.5 juta bagi tempoh sama.

Selain pertumbuhan ekonomi, Sarawak akan menyaksikan pembangunan pesat dalam infrastruktur seperti jalan raya dan prasarana awam, tambahan pula pelaksanaan SCORE akan menarik pelaburan ke Bumi Kenyalang selepas menerima jaminan pelaburan RM13 bilion.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: