YangSaya Nampak

Publisiti SCORE di kalangan belia hujung bulan ini.

In ekonomi, SCORE on February 16, 2012 at 11:11 am

SCORE dan SCORE. Bagi mereka yang suka akan pembangunan ekonomi di Sarawak, perkataan berkenaan tidak membosankan kerana ada sahaja persepktif baru yang wajar diketahui terutama golongan beliau.

Projek gergasi dalam mengubah Sarawak menjadi negeri maju itu sewajarnya diberi publisiti meluas agar rakyat mengetahui wujud peluang untuk mereka memajukan diri dalam sedikit masa lagi.

Kempen bagi mempromosikan peluang pekerjaan teknikal di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak atau lebih dikenali sebagai SCORE di kalangan generasi muda akan diadakan pada hujung bulan ini, demikian menurut Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. 

Usaha tersebut adalah untuk menyedarkan belia bahawa mereka memiliki peluang pekerjaan dengan syarat mereka melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran secocok dengan keperluan SCORE.

Ucapan-ucapan Pehin Sri Abdul Taib dan menteri-menteri kabinetnya terutama Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah tidak pernah lekang menyeru agar belia melengkapkan diri dengan kemahiran sesuai dengan SCORE.

Pemimpin Sarawak tidak pernah jemu menceritakan tentang prospek SCORE yang akan memacu pertumbuhan ekonomi apabila semua industri-industri SCORE mulai dilaksanakan.
SCORE akan menjadi kunci pemacu utama transformasi Sarawak ke arah sebuah negeri perindustrian daripada sebuah ekonomi yang bergantung dengan pertanian.

Menumpukan kepada lima kawasan pertumbuhan – Tanjung Manis, Samalaju, Mukah, Baram dan Tunoh, SCORE merupakan inisiatif besar yang dilaksanakan bagi membangunakn wilayah tengah dan mentransformasikan Sarawak ke arah sebuah negeri perindustrian menjelang 2020.

Sehingga kini koridor tersebut telah menarik pelaburan berbilion ringgit.

Keupayaan mendapatkan tanah dengan harga kompetitif dan mempunyai kekayaan sumber semula jadi menjadikan Sarawak pilihan menarik bagi operasi pembuatan di kalangan pelabur asing untuk menanam modal di sini.

Penganalisis ekonomi memberitahu, SCORE memunyai potensi besar bagi industri yang memanfaatkan sumber asli, khususnya industri tenaga yang akan menjadi pemacu pelaburan swasta.

Ekonomi Sarawak juga akan mendapat faedah daripada peruntukan yang tinggi daripada kerajaan persekutuan bagi pembangunan infrastruktur luar bandar di bawah Program Transformasi Ekonomi.

Kerajaan persekutuan menerusi Bajet 2012 memperuntukkan RM93 juta bagi melaksanakan kerja-kerja penyediaan infrastruktur di SCORE.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: