YangSaya Nampak

BR1M: Cuma kembalikan duit rakyat.

In Barisan Nasional, Pilihan Raya Umum, Politik, Sarawak, Sosial on February 14, 2012 at 10:22 pm

Kembalikan duit rakyat.

BANYAK tuduhan dan tohmahan diperkatakan, terutama di saluran Internet, mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia, malah bukan juga kali pertama isu berkenaan dibincangkan dalam blog ini!

Sengaja mahu mengulangi topik BR1M, kerana di Sarawak ia menjadi isu hangat yang diperkatakan oleh mak bapa, pakcik makcik dan datuk nenek di kampung dan pedalaman, begitu juga di bandar dan pekan.

Mereka yang duduk di kedai kopi juga bersembang bertanyakan adakah mereka bernasib baik menerima wang RM500 yang diberikan kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Menteri Muda Pembangunan Belia Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah menyerahkan baucar BR1M kepada seorang penerima.

Tujuan agihan BR1M itu mudah dan nyata – untuk membantu meringankan beban kewangan mereka yang disasar. Puas sudah wakil-wakil rakyat dan pak menteri menjelaskan kepada rakyat jelata. Ia bukan rasuah.

Dan hari ini, ada terdengar seorang pemimpin negara menerusi berita TV3 memberitahu, BR1M ialah antara cara kerajaan mengembalikan duit rakyat.

Lantas dengan kenyataan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri, menafikan dakwaan beberapa pihak yang wang itu ialah sogokan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

Memang benar kadang-kadang ia nampak seolah-olah segala tindakan kerajaan dikaitkan dengan cuba memenangi hati rakyat. Biarlah pihak-pihak berkenaan melemparkan tuduhan yang sukar hendak dipercayai.

Ada pihak, seperti di bandar Sibu baru-baru ini, ketika proses agihan baucar BR1M, suka menangguk di air yang keruh. Mereka cuba melaga-lagakan rakyat dengan pemimpin kerajaan kerana timbul sedikit kekecohan.

Pihak berkenaan mengatakan proses agihan baucar tidak sistematik dan menyusahkan penerima. Terpulanglah untuk mentafsirkan bagaimana, tetapi yang jelas kerajaan cuba membantu golongan rakyat berpendapatan rendah.

Tetapi secara amnya seluruh negeri Sarawak tidak wujud kekecohan.

Anggota Parlimen Tanjung Manis, Datuk Norah Abdul Rahman menyampaikan baucar BR1M kepada penerima di kawasannya.

Apa yang menariknya, wakil rakyat daripada DAP turut menggesa rakyat agar memohon bantuan itu. Sukar dimengerti apabila ada di kalangan mereka mendakwa duit itu sogokan pilihan raya, tetapi dalam masa yang sama mereka seolah-olah menyokong BR1M.

Misalnya, awal Februari 2012, ADUN Pending, Violet Yong memberitahu pihaknya akan membantu mengemukakan rayuan bagi mereka yang ditolak permohonan. Mungkin ini yang dimaksudkan menyokong dalam diam.

Atau mereka cuba mengambil peluang untuk menonjolkan imej gemar membantu mereka di kalangan umum.

Populariti DAP pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10, April 2011, diakui meningkat apabila berupaya menumbangkan ramai calon SUPP.

Diharapkan momentum ini tidak akan berterusan di Sarawak pada pilihan raya umum kelak.

  1. Memang tidak dinafikan, dikatakan BR1M dikatakan sogokan menjelang PRU 13. Benar atau tidak, bukanlah isu. Sebaliknya ianya bantuan atau sumbangan utk rakyat.yg berpendapatan rendah yg memerlukannya. Pasti penerima BR1M merasa terharu yg Kerajaan prihatin akan permasaalahan rakyat. Wlpun tidak semua masaalah dapat di selesaikan, tapi sekurang2nya dapat mengurangkan beban yg ditanggung. Rakyat juga beruntung, apabila YB2 yg diamanahkan menyampaikan BR1M kerap turun ke padang & dapat melihat sendiri masaalah rakyat yg lain & mungkin mencari formula utk meningkatkan pendapatan mereka.
    BR1M adalah bantuan kerajaan, jikalah Pihak Pembangkang ikhlas utk memperjuangkan nasib rakyat,tidak perlulah mengeluarkan tomahan2 yg tidak berasas akan niat suci tersebut. Sebaliknya, suara2 sumbang berkumandang,sedangkan ini dalah bantuan kpd rakyat & bukan utk individu tertentu sahaja.Rakyat mengundi mereka bukanlah utk menghalang apa2 yg bermafaat utk rakyat, sebaliknya memperjuangkan nasib mereka.
    Dimohonkan kpd pihak yg terbabit, isu disini adalah rakyat,berkerjasamalah. Wlpun berlainan Falsafah Politik, tanggunjawab serta amanah yg di berikan hendaklah di tunaikan dgn seikhlas2 tanpa agenda individu2 tertentu.
    Takniah seta syabas kpd Kerajaan serta Perdana Menteri kita atas niat suci ini. Diharapkan Program2 seterusnya, memberi impak yg yg menjurus kpd ekonomi rakyat

  2. kami setuju dengan pendapat saudara Azhar. terima kasih atas komen yang diberikan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: