YangSaya Nampak

Projek Jiwa Murni, sumbangan tentera di Sarawak.

In Sarawak, Sosial on February 12, 2012 at 4:35 pm

Tonggak pertahanan negara.

WALAUPUN negara ini tidak mengalami suasana perang namun tidak bermakna anggota tentera tidak berbuat sesuatu.

Selain menjaga keamanan di sempadan darat, laut dan udara, anggota tentera menjalankan kerja lain termasuk mebantu menjaga keamanan sesetengah negara bergolak sehingga mendapat pujian dan penghormatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Di bawah projek Jiwa Murni anggota tentera membantu kerajaan membina jalan raya untuk rakyat di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak selain membantu menyalurkan bekalan air bersih.

Zahid ... Projek Jiwa Murni sumbangan tentera.

Anggota tentera juga turut membantu mangsa banjir dan bencana alam di sekitar negara ini dan jiran terdekat.

Walaupun terbabit dengan kegiatan lain, anggota tentera sentiasa bersiap sedia mempertahankan negara daripada ancaman musuh.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini sempat mengadakan perjumpaan ringkas sempena sambutan Tahun Baru Cina di Briged 9, Kem Oya, Sibu Sarawak.

Jelasnya kerajaan berterima kasih kepada tentera kerana menjaga keamanan sehingga orang ramai dapat hidup bersama dalam keadaan selesa dan selamat.

Keadaan negara yang sentiasa aman memudahkan tumpuan kerajaan  membangunkan negara sejak merdeka walaupun pada peringkat awal berhadapan dengan kemelut ancaman komunis.

Sejak negara ini merdeka dan sentiasa aman, pelbagai program disusun kerajaan supaya rakyat hidup dengan mewah, selesa dan makmur.

Pengorbanan dan kesetiaan anggota tentera kepada pemerintah turut menyumbang kepada keamanan negara sekaligus mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial. Kestabilan politik hanya boleh berlaku apabila keselamatan negara sentiasa terkawal.

Kerajaan sentiasa menjaga kebajikan anggota tentera dan keluarga sehinggalah mereka bersara termasuk memperjuangan penyelarasan gaji setanding dengan penjawat awam yang lain.

Bukan sekadar berperang.

          
Pelbagai bantuan turut diberikan kepada bekas anggota tentera supaya mereka terus hidup selesa.

Melalui Perhebat beberapa kursus persediaan bersara turut disediakan kerana kerajaan mahu memastikan nasib mereka terus terbela. Kerajaan turut menyediakan kediaman lebih selesa dan kursus kemahiran meningkatkan kerjaya serta taraf hidup.

Sebagai bukti tahun lalu kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM60 juta membaiki 324 rumah kediaman keluarga anggota tentera di 3 Renjer, Kem Oya, Sibu.

Projek berkenaan sudah siap pada akhir tahun lalu dan tahun ini sebanyak RM50 juta lagi disediakan untuk membaiki kerosakan bangunan teknikal di kawasan sama yang akan memulakan kerja awal April depan.
           
Manakala Kem Miri menyambung semula kerja memperbaiki rumah yang tergendala sejak dua tahun lalu apabila peruntukan bernilai RM50 juta turut diluluskan awal tahun ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: