YangSaya Nampak

Hospital Unimas 2015?

In Masalah masyarakat, Sarawak, Sosial on February 9, 2012 at 9:32 pm

 

Unimas ... mengorak langkah ke hadapan.

SOAL rawatan dan kesihatan menjadi antara keutamaan penduduk Sarawak pada zaman sekarang memandangkan taraf hidup semakin meningkat berbanding dahulu lebih banyak bergantung dengan perubatan tradisional seperti bomoh.

Pertambahan bilangan penduduk juga memerlukan lebih banyak pusat kesihatan seperti hospital dan klinik dibina.

Peruntukan kewangan kerajaan dalam bidang kesihatan juga tinggi demi memastikan tahap kesihatan rakyat terbela.

Sejajar itu, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) bercadang membina hospital jika diluluskan kerajaan, akan siap dalam dua tahun iaitu 2015.

KAMPUS UNIMAS ... pemandangan indah di pusat menimba ilmu pengetahuan.

Dibina dengan kos RM500 juta dan di kampusnya di Kota Samarahan, hospital itu menurut Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Khairuddin Abd. Hamid akan memberi manfaat kepada lebih 50,000 penduduk di sekitarnya.

Hospital itu kelak dilengkapi 400 katil. Ia juga penting bagi Unimas memandangkan setiap tahun pelajar perubatannya bertambah dan menyebabkan hospital di bandar raya Kuching tidak mampu menampung pertambahan palajar untuk latihan praktikal.

Unimas menerusi Fakulti Perubatan dan Kesihatan berupaya melahirkan 80 orang graduan perubatan setahun dan memerlukan hospital bagi melatih mereka selain menerima pesakit.

Sudah pasti berita gembira itu bakal membawa senyuman lebar di kalangan masyarakat di Kota Samarahan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: