YangSaya Nampak

SUPP: Di sebalik kemelut ada usaha tambah ahli.

In Politik, SUPP on February 7, 2012 at 11:36 pm

MASIH dipaparkan di akhbar-akhbar dan portal berita Internet dan blog kisah mengenai kelemut melanda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang menyaksikan perpecahan parti politik tertua Sarawak itu kepada dua puak.

Sekadar imbas kembali, satu puak diketuai Datuk Seri Peter Chin (kini Presiden) dan puak lain dipimpin Datuk Seri Wong Soon Koh (bekas Timbalan Setiausaha Agung).

Masing-masing ada pengaruh dan memiliki keupayaan untuk memimpin parti yang kian kekurangan sokongan kaum Cina terutama di bandar.

Kemelut itu semakin kalut apabila Datuk Seri Peter Chin meneruskan persidangan perwakilan tiga tahun sekali pada Disember 2011, sedangkan kumpulan Datuk Seri Wong Soon Koh memulaukannya atas dakwaan pemilihan di beberapa peringkat cawangan parti adalah tidak sah.

Ada kecoh sikit menjelang persidangan perwakilan parti tersebut.

Persidangan perwakilan itu turut menyaksikan Prof. Dr Sim Kui Hian dipilih sebagai Setiausaha Agung SUPP – jawatan terpenting dan berkuasa selepas Presiden.

Dan semalam Dr Sim menerusi akhbar dipetik menyeru setiap ahli parti tersebut merekrut seorang belia bawah umur 30 tahun sejajar dengan usaha menyegarkan semula parti.

Menurutnya, SUPP perlu merayu dengan belia untuk menyertai parti jika ingin bangkit semula daripada kekalahan dalam pilihan raya.

“Sepuluh tahun dari sekarang, saya mahu lihat sekurang-kurangnya 30 peratus ahli SUPP berumur 30 tahun ke bawah,” katanya yang tewas dalam pilihan raya negeri yang lepas.

Beliau yang mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Sim Kheng Hui pada persidangan perwakilan parti, 11 Disember 2011, proses transformasi parti bergantung dengan ahli-ahli belianya.

Sambil realistik adalah tugas yang sukar dalam membangunkan semula parti tersebut, beliau memberitahu pilihan raya umum ke-13 kelak bukan satu tugas mudah untuk dihadapi.

“Belia merupakan segmen dalam masyarakat yang perlu ditarik (agar menjadi ahli) kita,” jelas beliau.

Beberapa penganalisis politik berpendapat SUPP bakal berhadapan kehilangan lebih banyak kerusi dalam pilihan raya parlimen akan datang.

SUPP pada masa ini diperuntukkan tujuh kerusi parlimen iaitu Serian, Stampin, Bandar Kuching, Sibu, Lanang, Sarikei dan Miri. Dua daripadanya iaitu Bandar Kuching dan Sibu dalam tangan DAP.   
   
Konflik dalaman yang berlaku sejak 2004 menjejaskan parti itu sehingga menyebabkan prestasi buruk pada pilihan raya negeri 2006 dan reputasinya semakin jatuh pada pilihan raya negeri April 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: