YangSaya Nampak

Wajarkah elaun Tuai Rumah dinaikkan?

In Pilihan Raya Umum, Sarawak, Sosial on February 5, 2012 at 11:32 pm

 ELAUN bulanan yang rendah merupakan perbincangan utama jika tuai rumah berkumpul di mana-mana seminar ketua-ketua masyarakat. Mereka merungut sebab elaun mereka rendah berbanding dengan kos sara hidup yang tinggi pada masa kini.

Sesungguhnya tuai rumah mempunyai peranan penting meskipun mereka tidak mempunyai kerja pentadbiran yang ketara seperti pegawai-pegawai kerajaan. Ketua masyarakat di peringkat mereka memiliki peranan penting dalam menyebarkan dasar kerajaan di kalangan anak buahnya.

Pendek kata mereka berperanan tersendiri dalam proses pembangunan. Ini belum diambilkira dari aspek tugas kemahiran mereka dalam adat resam.

Ada juga yang berpendapat elaun tuai rumah wajar kekal di tahap itu memandangkan mereka tidak ada kerja sangat hendak dilakukan. Mereka sekadar ‘rubber stamp’ apabila cuma berperanan menurunkan tandatangan untuk anak-anak buah mereka dalam perkara seperti pengesahan berkaitan tanah. Pendapat itu tidak juga salah, tidak juga betul.

Baru-baru ini Persatuan Tuai Rumah Sibu (PTRS) menyuarakan rasa tidak puas hati mereka berikutan elaun bulanan belum dinaikkan. Mereka mendakwa kerajaan sudah menjanjikan kenaikan itu.

Pengerusi PTRS, Kaunselor Tuai Rumah Linus Melin Lembang menjelaskan, lebih setahun mereka menunggu berita gembira, namun sehingga kini ia belum jadi kenyataan. Dikatakan, tuai rumah menerima elaun RM450 sebulan.

Peranan besar masyarakat rumah panjang.

“Dengan kenaikan elaun ini akan memberi motivasi kepada tuai-tuai rumah untuk bekerja lebih kuat,” katanya dipetik menerusi akhbar.

Kerajaan memerlukan peranan ketua masyarakat terutama tuai rumah dalam mengetahui masalah hidup rakyat di kawasan masing-masing dari masa ke semasa. Dengan kata lain tuai rumah merupakan aset penting kerajaan dalam membangunkan hidup rakyat.
 
Ketua masyarakat adalah merupakan aset penting milik kerajaan bagi mendapatkan sebarang maklumbalas berhubung perlaksanaan sesebuah program atau projek pembangunan di kawasan rakyat.

Sehubungan itu, Menteri Pembangunan Sosial Sarawak, Tan Sri William Mawan Ikom menjelaskan kerajaan masih dalam proses penilaian dan yakin apabila tiba masa sesuai kelak, kenaikan elaun akan diumumkan.

Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, janji untuk menaikkan elaun tuai rumah akan tetap ditunaikan kelak.

“Mungkin selepas ini, kerajaan akan melihat berhubung elaun ketua masyarakat. Kerajaan akan membayar apa yang mereka mampu dan saya percaya mereka sedang mengkaji usaha ini,” jelasnya.

Ada juga pendapat yang mengatakan elaun ketua masyarakat termasuk tuai rumah wajar dinaikkan menjelang pilihan raya umum ke-13.

Risau jika isu ini dijadikan sebagai senjata pihak tertentu untuk memancing undi kelak.

Sebelum ini ada pihak menjanjikan jika mereka menang pilihan raya negeri Sarawak, elaun ketua masyarakat dinaikkan sehingga 200 peratus.

Janji itu menyatakan kenaikan elaun itu selaras kos sara hidup masa kini yang menyaksikan elaun mereka bakal naik RM1,350 bagi tuai rumah, RM1,500 (penghulu), RM1,700 (pemanca) dan RM2,000 (temenggung).

Elaun bulanan yang diterima penghulu ialah RM600, pemanca (RM800) dan temenggong (RM1,200).

Justeru, wajarlah kita memikirkan rungutan yang diutarakan oleh tuai rumah di Sibu. Kita tidak mahu kerana isu ini, terjejas sokongan rakyat terhadap pemerintah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: