YangSaya Nampak

Medan Niaga Satok ke arah Kuching yang bersih.

In ekonomi, Sosial on February 2, 2012 at 12:58 pm

BAU kurang menyenangkan tiap kali melalui satu kawasan di Satok, terutama pada waktu malam, tentu ada yang merasakan Pasar Tamu dan Pasar Minggu di Satok wajar dipindahkan ke lokasi baru.

Tempat baru itu sudah ada – di Jalan Matang atau lebih dikenali sebagai Kubah Ria di kalangan warga Kuching. Ia terletak tidak jauh dari Jambatan Tun Abdul Rahman Ya’kub (Jambatan Satok).

MEDAN NIAGA SATOK

Isu kebersihan bandar merupakan agenda utama yang sering mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan – dalam kes ini, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) komited ke arah matlamat menyediakan persekitaran yang selesa untuk didiami.

Siapa yang tidak malu jika orang luar mengadu kurang selesa dengan bau busuk dan longgokan sampah – mencemarkan bau dan pemandangan. Justeru, keadaan seumpama ini wajar dielakkan.

Siapa juga bangga jika Kuching dinobatkan sebagai bandar raya yang sihat dan sejahtera, lantas selesa didiami. Sudah pasti kembang kecut hidung warga Kuching jika demikian keadaannya.

Sejajar dengan itu, Medan Niaga Satok kini sedang dalam proses penyiapan. Tempat baru ini akan menggantikan Pasar Tamu dan Pasar Minggu di Satok. Tempat ini, selain menjual hasil hutan pada Ahad dan Sabtu, para peniaga turut menjual ikan terubuk masin, lain-lain ikan, daging dan ayam.

Medan Niaga Satok dibina dengan kos RM46 juta atas keluasan 12.25 ekar. Ia merupakan projek Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Dijangka dibuka pada tengah tahun 2012, ia dibina dengan sistem pembuangan sisa yang moden, demi memastikan kurang pencemaran terhadap alam sekitar. Di tempat baru ini, isu pencemaran tidak lagi timbul memandangkan sistem pembuangan sisa yang efisyen, efektif dan mesra alam sekitar.

Bangunan yang dibina di tebing Sungai Sarawak mempunyai lima blok – separa basah, basah, plaza, makanan dan Pejabat FAMA negeri Sarawak.

Pemisahan setiap kategori itu adalah untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan dan juga mengambilkira keselesaan para pengunjung.

Para peniaga juga tidak lagi berjemur di tengah panas terik dan tidak juga basah dek hujan memandangkan Medan Niaga Satok dibina dengan bumbung.

Dianggarkan kira-kira 1,800 peniaga akan beroperasi di Medan Niaga Satok – satu mercu tanda baru bagi Kuching yang mementingkan kualiti kehidupan.

Pasar baru itu juga dilihat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Satok setiap Sabtu dan Ahad.

Malah, para pengunjung juga tidak lagi akan merungut kerana sukar mencari tempat letak kereta seperti dihadapi di Pasar Minggu Satok.

Pertengahan tahun 2012, warga Kuching tidak lagi bersungut tentang kebersihan dan kesesakan lalu lintas dengan pembukaan Medan Niaga Satok.

Berita mengenai Medan Niaga Satok

Posted on April 25, 2012, Wednesday
Medan Niaga Satok bakal jadi tarikan terbesar

KUCHING: Medan Niaga Satok berpotensi menjadi salah satu tarikan terbesar apabila dibuka pada Ogos kelak dengan penerapan elemen pelancongan, kebudayaan dan beli-belah dalam pasar yang menggantikan Pasar Tamu Satok.

Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg memberitahu, projek itu yang dilengkapi pelbagai kemudahan telah siap tetapi kerajaan sedang mengemas kininya sebagai pusat pelancongan beli-belah di bandar raya ini, selain daripada Tebedu dan Serikin.

“Para penjaja bersetuju untuk berpindah ke Medan Niaga Satok, yang mempunyai standard lebih baik dan mempunyai prospek lebih baik untuk memasarkan produk mereka, jadi mereka tidak lagi digelar sebagai penjaja tepi jalan.

“Sebuah jeti moden bermodelkan jeti di Australia akan dibina di situ manakala pada fasa kedua kami akan membangunkan teater persembahan agar pengunjung mahupun pelancong dapat menyaksikan pertunjukan kebudayaan Sarawak, sambil menikmati juadah tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di sini, semalam.

Di bawah MoU itu, FAMA akan membangunkan pasar tersebut manakala DBKU akan membantu memindahkan penjaja dari tempat lama, selain dari segi penguatkuasaan. – www.theborneopost.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: