YangSaya Nampak

SPDP 5: Sylvester Entri dibuang parti, Tiki tidak dicalonkan semula (edisi kemaskini).

In Barisan Nasional, Krisis SPDP, Politik, Sarawak on November 25, 2011 at 7:12 am

Sylvester Entri Muran

Naib Presiden SPDP Datuk Sylvester Entri Muran yang juga Menteri Muda Bekalan Air dan ADUN Marudi dibuang parti.

Anggota Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe tidak akan dicalonkan semula pada pilihan raya umum kelak.

Kedua-duanya merupakan ‘anggota’ SPDP 5 yang hilang kepercayaan terhadap presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom.

Manakala nasib, anggota SPDP 5 yang lain, Naib Presiden Kanan Datuk Peter Nansian Ngusie, Ketua Penerangan Paulus Palu Gumbang dan Ahli Majlis Tertinggi Rosey Yunus masih dalam pertimbangan.

Keputusan Majlis Tertinggi SPDP hari ini (25 November 2011) diumumkan oleh William Mawan selepas mesyuarat di Ibu Pejabat SPDP di Kuching.

Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom pada sidang media di Ibu Pejabat SPDP, Jalan Badaruddin, Kuching pada 25 November 2011 berkata Entri dipecat kerana pelbagai kesalahan yang berkisar dengan “menentang parti”.

Mawan berkata Entri telah banyak diberi peluang agar kembali ke pangkuan parti sejak Januari 2010.

“Ia bukan semata-mata kerana tidak hadir mesyuarat Majlis Tertinggi parti seperti yang sering kali ditulis di akhbar-akhbar,” katanya.

Dr Tiki (gambar) pula tidak dicalonkan semula di Mas Gading apabila tiba pilihan raya umum kelak kerana dikatakan bukan calon mampu menang. Justeru, SPDP kini mempunyai lebih dari seorang calon berpotensi untuk mempertahankan kerusi parlimen terbabit.

Mengenai Dr Tiki, Nansian, Paulus dan Rosey yang tidak dipecat, Mawan memberitahu mereka sekadar “menjadi pengikut dan bukannya ketua”.

Mereka bagaimanapun dilucut jawatan dalam parti dan diberi tempoh untuk kembali kepada parti.

Tan Sri William Mawan Ikom

Dalam pada itu, Mawan menegaskan kerusi Dewan Undangan Negeri Marudi yang dimenangi Entri menerusi Pilihan Raya Negeri Sarawak, April lepas, masih milik SPDP.

Jawatan menteri muda dalam kabinet negeri Sarawak yang dipegang Entri pula merupakan perkara di luar bidang kuasa parti. Ia merupakan kuasa Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: