YangSaya Nampak

Nasib SPDP 5 diketahui 25 November?

In Krisis SPDP, Politik, Sarawak on November 23, 2011 at 12:10 am

NASIB lima pemimpin Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) akan diketahui Jumaat ini apabila Majlis Tertinggi parti itu membincangkan hasil siasatan Jawatankuasa Disiplin parti itu.

Presiden SPDP Tan Sri William Mawan ketika dihubungi mengesahkan bahawa jawatankuasa itu telah menyiapkan laporan dan akan membentangkan serta membincangkannya pada mesyuarat Majlis Tertinggi parti 25 November ini.

“Terserah kepada anggota Majlis Tertinggi untuk membuat keputusan terhadap hasil siasatan itu,” katanya dalam satu SMS ringkas kepada Bernama Selasa.

Kelima-lima pemimpin berkenaan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti kerana gagal menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi parti sejak dua tahun lepas setelah menyerbu keluar daripada satu mesyuarat MT berikutan perselisihan faham dengan parti pada 23 Januari 2010.

Pemimpin berkenaan ialah Naib Presiden Kanan Datuk Peter Nansian yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru; Naib Presiden Sylvester Entri Muran (ADUN Marudi); Naib Presiden Datuk Dr Tiki Lafe yang juga Anggota Parlimen Mas Gading; Ketua Penerangan Paulus Palu Gumbang (ADUN Batu Danau) dan seorang Anggota Majlis Tertinggi Rosey Yunus (ADUN Bekenu).

Kelima-lima pemimpin, yang dilabelkan sebagai ‘Rebels Five’ dan ‘Group of Five’ ketika dihubungi enggan mengulas apa-apa sementara menunggu keputusan Majlis Tertinggi.

Ditanya sama ada Majlis Tertinggi akhirnya akan memecat mereka daripada parti, Setiausaha Pengelola parti Paul Igai berkata “apa jua berkemungkinan boleh berlaku” tetapi ia bergantung kepada keputusan majoriti anggota Majlis Tertinggi parti itu.

(Sumber: Pertubuhan Berita Bernama)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: