YangSaya Nampak

SPDP 5: Apa keputusan William Mawan? (dengan keratan akhbar reaksi William Mawan)

In Barisan Nasional, Krisis SPDP, Politik, Sarawak on November 20, 2011 at 4:57 am

ALANG-alang seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Mungkin itu perumpamaan yang paling sesuai bagi menggambarkan keberanian lima wakil rakyat Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Baru-baru ini, jurucakap kumpulan tersebut, Datuk Peter Nansian Ngusie mencabar agar Presiden Tan Sri William Mawan Ikom membuang mereka dari parti, menandakan SPDP 5 tidak lagi berguna untuk parti.

Peter Nansian, Naib Presiden Kanan SPDP dengan sinis berkata William Mawan sepatutnya mendengar suara majoriti perwakilan beberapa bahagian, cawangan mahupun sayap Pemuda SPDP yang mahukan kumpulannya yang dilabel sebagai pemberontak disingkirkan.

Peter Nansian

SPDP 5 langsung tidak gentar dengan apa yang bakal dihadapi memandangkan mereka sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan presiden.

Peter Nansian merupakan Menteri Muda Pembangunan Industri dan ADUN Tasik Biru. Beliau lebih banyak mengulas mengenai hal SPDP 5 yang juga ‘dianggotai’ Datuk Sylvester Entri Muran (Menteri Muda Kemudahan Awam dan ADUN Marudi), Rosey Yunus (Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga dan ADUN Bekenu), Paulus Palu Ngumbang (ADUN Batu Danau) dan Datuk Dr Tiki Lafe (Ahli Parlimen Mas Gading). Mereka juga ahli Majlis Tertinggi SPDP.

Peter Nansian memberitahu, bagi mengelakkan kemelut SPDP berpanjangan, William Mawan wajar bertindak segera dengan menyingkirkan mereka dari parti.

Mengulas mengenai mengapa SPDP 5 enggan ‘beri muka’ kepada William Mawan, Peter Nansian menjelaskan:

“Kami tetap tidak bersetuju dengan cara pengurusan parti yang boleh menjejaskan kekuatan Barisan Nasional (BN) secara keseluruhannya”.

Beliau berkata William Mawan perlu mengambil keputusan bijak dan cepat supaya krisis tersebut diatasi dengan segera.

Pencetus semula kepada krisis ini ialah apabila SPDP 5 dan beberapa ahli Majlis Tertinggi yang lain diserahkan kepada Jawatankuasa Disiplin parti kerana gagal hadir mesyuarat Majlis Tertinggi beberapa kali.

Lantas ia mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan anggota SPDP 5.

Ada pihak mendakwa krisis tersebut boleh membawa SPDP kepada kancah perhatian Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang seterusnya memungkinkan parti dibubarkan.

Apa tindakan William Mawan yang sering kelihatan ‘cool’?

Tan Sri William Mawan

 
Keratan akhbar The Star pada 21 November 2011 yang menunjukkan reaksi Tan Sri William Mawan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: