YangSaya Nampak

NCR: Mun ada masalah, settle kitak orang dolok ….

In Masalah masyarakat, Politik, Sosial, Tanah Hak Adat Bumiputera on November 17, 2011 at 3:23 pm

Pertikaian berkaitan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) antara mereka yang menuntutnya akan menyebabkan proses menyukat ukur keliling yang kini sedang giat dilakukan Jabatan Tanah dan Survei terbantut.

Sebarang pertikaian sesama sendiri hanya akan merumitkan keadaan sehingga memberi kesan buruk termasuk melambatkan kerja-kerja menyukat tanah di kawasan lain.

Kerja-kerja menyukat ukur keliling NCR merupakan inisiatif kerajaan negeri dan dibiayai oleh kerajaan persekutuan. Ia dilakukan tidak lama sebelum Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 diadakan pada 16 April 2011.

Menteri Tugas-Tugas Khas di Pejabat Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berkata JTS akan memastikan setiap permohonan untuk menyukat tanah di bawah inisiatif baru NCR disemak secara terperinci untuk mengelak berlakunya sebarang pertindihan.

Pihak JTS juga akan mengenal pasti sama ada kawasan yang hendak disukat itu mempunyai titik kawalan ukur serta tidak pernah terbabit dengan kerja-kerja menyukat terdahulu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: