YangSaya Nampak

Keputusan UPSR 2011 Sarawak

In Pendidikan, Sarawak on November 17, 2011 at 2:51 am

Pada tahun 2011, seramai 1,835 orang calon UPSR di Sarawak  berjaya mencatat pencapaian penguasaan peringkat A bagi semua mata pelajaran yang diambil. Dari jumlah itu, seramai 1,319 orang adalah dari Sekolah Kebangsaan (SK) dan 516 orang merupakan calon dari Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC).

Pada tahun ini, seramai 1,319 murid (4.05 peratus) SK mendapat 5A daripada 32,575 orang yang mengambil, manakala, 516 murid (4.58 peratus) di SJKC mendapat 7A daripada 11,274 orang mengambil.

UPSR 2011 telah diadakan pada 13 hingga 15 September 2011 di 1282 buah pusat peperiksaan di seluruh negeri Sarawak yang melibatkan seramai 43, 849 orang murid Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC). Selain itu, 215 calon dari sekolah swasta (6 buah sekolah swasta).

Pada keseluruhannya, 24,344 orang calon atau 55.52 peratus telah berjaya mencatat sekurang-kurangnya pencapaian peringka C dalam semua mata pelajaran yang diambil dalam UPSR 2011.

Dalam pada itu sebanyak 88 buah sekolah yang mencatat pencapaian 100 peratus pada 2011 iaiu 79 buah adalah sekolah kebangsaan dan sembilan buah SJKC, berbanding dengan 65 buah sekolah (56 buah sekolah kebangsaan dan sembilan buah SJKC) yang mencatat pencapaian 100 peratus pada tahun 2010.

Selain itu, 2011 juga memperlihatkan 28 buah sekolah telah mencatat pencapaian antara 90 peratus dan 99.9 peratus dan 128 buah sekolah mencatat pencapaian antara 80 dan 89.9 peratus.

Dari segi pencapaian penguasaan mininum Gred C, sekolah kebangaan menunjukkan peningkatan dalam tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu (Pemahaman) (0.44 peratus), Bahasa Melayu (Penulisan) (2.64 peratus) dan Matematik (0.85 peratus).

SJKC menunjukkan peningkatan dalam tiga mata pelajaran iaitu Matematik (0.44 peratus), Bahasa Cina (Pemahaman) (3.72 peratus) dan Bahasa Cina (Penulisan) (0.23 peratus).

Gambar hiasan

Keputusan UPSR diumumkan pada17 November 2011, serentak di seluruh negara.

Dalam pada itu, tiga murid dari Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor, Sarikei, pernah mendapat perhatian ramai pihak kerana dihalang menduduki UPSR oleh guru sekolah mereka, sekadar berpuas hati dengan keputusan diperolehi mereka.

Edward Ujoh Augustine, Richmend Manggi dan Idie Ganyol dikatakan, sekiranya menduduki UPSR, akan menjejaskan prestasi sekolah kerana mereka lemah dalam pelajaran.

Selepas campur tangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiga murid dari Rumah Panjang Selat, Bintangor, itu dibenarkan menduduki UPSR pada 4 hingga 6 Oktober lalu.

Edward Ujoh mendapat C dalam dua mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu (Pemahaman) dan Bahasa Melayu (Penulisan) manakala Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, dia mendapat E.

Richmend Manggi memperolehi E dalam Bahasa Melayu (Pemahaman) dan Bahasa Melayu Penulisan, manakala D dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains,

Idie pula mendapat satu D dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Pemahaman) manakala selebihnya dia mendapat semua E.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: