YangSaya Nampak

YB Abdullah Saidol pengerusi BNBBC Sarawak yang baru.

In Barisan Nasional, Politik, Sarawak on November 15, 2011 at 12:15 am

YB Abdullah Said

MUDA dan mempunyai potensi cerah dalam politik, ADUN Semop, Abdullah Saidol dipilih menjadi Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional Sarawak (BNBBC) menggantikan ADUN Asajaya Abdul Karim Rahman Hamzah.

YB Abdul Karim mengosongkan kerusi tersebut susulan pelantikannya pada September 2011 sebagai Menteri Muda dalam kabinet negeri Sarawak. Beliau kini merupakan Menteri Muda Pembangunan Belia dan Menteri Muda Perumahan.

YB Abdullah, 45, merupakan wakil rakyat yang baru memasuki penggal pertama pada tahun ini selepas ‘mewarisi’ kerusi tersebut daripada Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nasar menerusi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 pada 16 April 2011.

Kedudukan tersebut sudah pasti akan dimanfaatkan oleh YB Abdullah, yang sebelum menjadi wakil rakyat merupakan peguam, untuk membawa pembangunan di seluruh Sarawak secara tidak langsung.

Seorang yang berada di kedudukan itu wajar memiliki ciri-ciri kelantangan dan berani mempertahankan tindakan kerajaan terutama ketika Dewan Undangan Negeri bersidang.

Apatah lagi kehadiran wakil rakyat dari parti-parti pembangkang agak membingitkan suasana persidangan Dewan. Justeru, amat wajar pengerusi BNBBC dipilih dari kalangan mereka yang mampu menangkis tohmahan pembangkang yang sering berusaha mengaibkan kerajaan.

Pemilihan YB Abdullah menurut YB Abdul Karim dipersetujui oleh semua ahli BNBBC – kelab yang dianggotai YB-YB Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri Sarawak. YB Abdul Karim memegang jawatan tersebut sejak 2001 – awal penggal pertama beliau menjadi ADUN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: