YangSaya Nampak

Sidang DUN: Bajet Negeri Sarawak 2012

In Barisan Nasional, Masalah masyarakat, Politik, Sarawak on November 14, 2011 at 12:41 am

DEWAN Undangan Negeri Sarawak mula bersidang mulai hari ini 14 November 2011.

Antara yang menjadi tumpuan ialah pembentangan Bajet Negeri Sarawak 2012. Ia merupakan ran undang-undang yang wajar diberi perhatian oleh rakyat setiap peringkat, meskipun kurang kesannya berbanding Bajet Negara.

Persidangan yang kedua diadakan selepas Pilihan Raya Negeri ke-10 pada 16 April 2012, turut menyaksikan pembentangan peruntukan tambahan untuk Bajet Negeri Sarawak 2011.

Bajet Negeri turut mencerminkan hala tuju pembangunan Sarawak untuk tempoh setahun dan bagaimana wang digunakan untuk memberi manfaat kepada rakyat.

Minggu lepas, Parti Tindakan Demokratik (DAP) mendahului Kerajaan Negeri dalam mengumumkan bajet yang dikenali mereka sebagai Bajet Alternatif.

Antara lain bajet itu cuba menunjukkan pembangkang lebih prihatin terhadap rakyat berbanding apa yang dibentangkan Kerajaan BN.

Apakah BN tidak prihatin selama ini? Jika tidak prihatin, bagaimana Sarawak mampu membangun dengan makmur. Persoalan itu wajar dijawab oleh pembangkang. 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: