YangSaya Nampak

Isu SUPP: Abdul Taib enggan campurtangan

In Barisan Nasional, Politik, Sarawak, SUPP on November 14, 2011 at 3:09 pm

BIARKAN Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) selesaikan masalah mereka sendiri. Tidak perlu campurtangan Ketua Menteri Sarawak. Itu pendirian yang dibuat Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam menghadapi isu dua pihak yang berhasrat bertanding bagi jawatan Presiden parti tersebut.

Beliau yang dipetik menerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) 14 November 2011, berkata:

“Bukanlah dalam bidang kuasa saya untuk campur tangan namun saya mempunyai tanggungjawab untuk menasihati mereka apabila mereka meminta nasihat bagaimana saya melihat lingkungan politik di negara ini”.

Jumaat lepas, Penolong Setiausaha Agung SUPP, Datuk Richard Riot Jaem mengesyorkan agar kepimpinan tertinggi BN campur tangan agar Dato Sri Wong Soon Koh dan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berbincan sebaik-baik mungkin bagi mengelakkan pertandingan parti pada Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) dari 8 hingga 11 Disember 2011.

Peter Chin yang merupakan Setiausaha Kerja SUPP dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, serta Wong iaitu Timbalan Setiausaha Agung SUPP dan Menteri Kewangan Kedua Sarawak, telah mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding.

Riot dalam mengutarakan syor itu kerana bimbang wujud perpecahan di kalangan pemimpin dan ahli SUPP yang seterusnya bakal mengundang keruntuhan parti dan kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

Abdul Taib yang juga Pengerusi BN Sarawak menjelaskan adalah lebih elok jika beliau tidak campur tangan agar tidak timbul pelbagai tohmahan.

Pendirian itu diambil bagi mengelakkan beliau dikaitkan dengan perpecahan dalam parti. Justeru, beliau gemar untuk tidak memihak mana-mana pihak dalam perebutan menjelang TDC.

SUPP kini berhadapan dengan prestasi yang semakin jatuh. Ini terbukti dengan kekalahan teruk pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 16 April 2011.

Parti tertua di Sarawak itu wajar mengambil iktibar agar mampu bangkit semula menentang kebangkitan DAP yang kini dikatakan semakin ‘menyinga’ dalam arena politik Sarawak terutama di kerusi-kerusi bandar.

Ada juga pihak yang meramalkan SUPP bakal terkubur dengan pembubaran parti oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kerana gagal menyelesaikan krisis kepimpinan.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: