YangSaya Nampak

Fakta Belanjawan Sarawak 2012

In Barisan Nasional, ekonomi, Politik, Sarawak, Sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak on November 14, 2011 at 4:57 pm

– Secara keseluruhan syor belanjawan 2012 dijangka menjana lebihan RM79 juta berdasarkan jangkaan hasil pendapatan keseluruhan RM4,043 juta berbanding perbelanjaan keseluruhan RM3,964 juta.

– Dari RM3,964 juta itu, kerajaan memperuntukkan RM2,550 juta Akaun Dana Pembangunan bagi membiayai projek-projek pembangunan. Manakala RM1,414 juta akan digunakan bagi tujuan pentadbiran atau perbelanjaan berulang.

– Peruntukan RM1,414 juta bagi perbelanjaan berulang pada tahun depan adalah lebih tinggi kira-kira 5 peratus berbanding RM1,344 juta untuk 2011. Dari jumlah itu, RM506 juta adalah untuk gaji kakitangan kerajaan; RM489 juta untuk perbekalan dan perkhidmatan; RM363 juta untuk geran dan bayaran tetap yang diperuntukkan kepada agensi kerajaan termasuk pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun; RM31 juta untuk pemerolehan aset; dan RM25 juta untuk lain-lain perbelanjaan mengurus.

– Perancangan Belanjawan 2012 fokus terhadap (1) Pembangunan di kawasan SCORE. (2) Membangunkan kawasan luar bandar. (3) Meningkatkan tambah nilai sektor pelancongan terutama pasaran MICE. (4) Memodenkan sektor pertanian dan sektor berkaitan. (5) Membina rangkaian sistem pengangkutan dan logistik yang cekap. (6) Membangunkan tenaga kerja berkualiti dan berkemahiran.

– Belanjawan 2012 masih mengekalkan mengutamakan kerja-kerja pembangunan dengan peruntukan kira-kira 70 peratus, manakala 30 peratus untuk perbelanjaan mengurus.

– Jangkaan pendapatan pada 2012 ialah RM4,043 juta, peningkatan RM139 juta berbanding jangkaan pendapatan pada 2011 iaitu RM3,904 juta. Jangkaan adalah berdasarkan kutipan cukai dan bukan cukai yang semakin baik pada 2011.

– Hasil cukai dijangka menjana RM952 juta yang datang dari sektor perhutanan, cukai jualan RM317 juta; dan RM126 juta dari royalti air, royalti perlombongan, sewa tanah dan lain-lain.
 
– Pendapatan bukan cukai pula ialah RM2,969 juta dari jangkaan pendapatan keseluruhan. Ia datang dari pampasan minyak dan gas RM1,509 juta, pampasan duti import dan eksais terhadap produk-produk petroleum sebanyak RM120 juta, premium tanah RM290 juta, dividen pendapatan RM581 juta, dan lain-lain RM179 juta.

– Belanjawan Bajet 2012 dibacakan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada persidangan Dewan Undangan Negeri, 14 November 2011.

Tan Sri Abdul Taib Mahmud

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: