YangSaya Nampak

Keldai dadah: Cinta buta penyebabnya …..

In Masalah masyarakat, Sarawak on November 12, 2011 at 8:22 am

SEORANG teman berseloroh tentang apa yang bagus menjadi teman wanita orang Negro? “Adakah kerana romantik atau kehebatan di ranjang?”. Dia ketawa kecil apabila terbaca kes terbaru tentang mangsa aktiviti penyeludupan dadah ke negara asing.

“Apa yang mereka terpikat sangat dengan lelaki berambut kerinting dan berkulit gelap? Lelaki tempatan tidak ada lagi untuk dijadikan teman?,” katanya sambil membelek-belek akhbar yang memaparkan kes Beatrice Laus Johie, 27, seorang ibu tunggal.

Beatrice dari Seratau, Kuching dikatakan membawa beg teman lelakinya dari Nigeria yang dikenali menerusi Facebook. Dia ditahan di Lapangan Terbang Melbourne, Australia kerana cubaan membawa masuk heroin 1.5 kilogram ke negara terbabit.

Kes sebegini tidak akan terhenti setakat itu sahaja, mungkin akan ada kes-kes susulan. Jika anda pergi ke kolej-kolej swasta sekitar Bandar Raya Kuching, pasti akan ternampak lelaki Negro berpacaran dengan gadis tempatan. Malah ada yang tinggal serumah!

Jika sudah menjalinkan hubungan yang rapat begitu pasti semua sanggup dilakukan demi pasangan atas dasar sayang dan saling percaya.

Sukar hendak menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Apabila dilamun cinta, bau tahi pun jadi harum umpama minyak wangi. Itulah penangan cinta. Tiada kuasa (dengan izin Tuhan) yang dapat mengalahkan kehebatan cinta. Apa sahaja yang diminta pasangan akan dilakukan. Apa sahaja helah atau tipu daya teman lelaki tidak akan disusuli dengan syak dan waspada.

Dalam tempoh Januari dan Jun 2011, seramai lima wanita dari Sarawak ditahan di negara-negara luar kerana didapati cuba membawa masuk dadah.

Lebih menghairankan, semua modus operandi lelaki-lekaki berkulit gelap ini hampir sama. Mereka tidak akan bersama pasangan dengan pelbagai alasan. Misalnya dalam kes Beatrice, teman lelakinya tidak menaiki pesawat sama kerana dikatakan menghadapi masalah Visa. Beg teman lelakinya dibawa oleh Beatrice.

6 November 2011, Beatrice yang juga jururawat sebuah hospital swasta di bandar raya ini ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne sebaik tiba dari Kuala Lumpur.

Ibu tunggal kepada tiga orang anak berusia antara dua hingga tujuh tahun itu ditahan kerana dipercayai dijadikan keldai dadah oleh kenalan lelaki bernama Anthony dari Nigeria.

Penahanan wanita itu dimaklumkan Konsul Malaysia di Melbourne Dr Mohd Rameez Yahaya apabila pemeriksaan kastam di lapangan terbang berkenaan menemui serbuk dipercayai heroin yang diletakkan dalam bagasi dibawanya.

Difahamkan, Beatrice tidak mengetahui beg dibawa mengandungi dadah dan memaklumkan konsul Malaysia di Melbourne bahawa beg berkenaan milik seorang kenalan yang sepatutnya mengiringinya, tetapi menarik diri pada saat akhir kononnya menghadapi masalah visa.

  1. […] http://yangsayanampak.com/2011/11/12/keldai-dadah-cinta-buta-penyebabnya/ Advertisement LD_AddCustomAttr("AdOpt", "1"); LD_AddCustomAttr("Origin", "other"); LD_AddCustomAttr("theme_bg", "ffffff"); LD_AddCustomAttr("theme_text", "333333"); LD_AddCustomAttr("theme_link", "222222"); LD_AddCustomAttr("theme_border", "dddddd"); LD_AddCustomAttr("theme_url", "346ba4"); LD_AddCustomAttr("LangId", "1"); LD_AddCustomAttr("Autotag", "technology"); LD_AddCustomAttr("Tag", "masalah-masyarakat"); LD_AddCustomAttr("Tag", "sosial"); LD_AddCustomAttr("Tag", "beatrice-laus-johie"); LD_AddCustomAttr("Tag", "heroin"); LD_AddCustomAttr("Tag", "keldai-dadah"); LD_AddSlot("wpcom_below_post"); LD_GetBids(); Share this:TwitterFacebookLike this:LikeBe the first to like this post. Tagged: Beatrice Laus Johie, heroin, keldai dadah Posted in: Masalah masyarakat, Sosial ← Krisis SPDP: Cubit paha kiri, paha kanan terasa. Be the first to start a conversation […]

  2. When I originally commented I clicked the “Notify me when new comments are added” checkbox and now each time a comment is
    added I get three emails with the same comment.

    Is there any way you can remove me from that service?
    Thanks a lot!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: