YangSaya Nampak

PRU 13, SUPP tewas tujuh kerusi?

In Pilihan Raya Umum, Politik, Sarawak, SUPP on November 11, 2011 at 11:11 pm

SUPP kini hancur dan akan bertambah hancur menjelang dan selepas Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) pada Disember ini. Itu telahan dinyatakan oleh seorang pemimpin SUPP, Datuk Richard Riot Jaem yang risau akan masa depan parti terbabit.

Menjelang TDC yang dijangka turut menyaksikan pertandingan merebut jawatan presiden, kini sudah nampak kewujudan dua puak dalam parti tertua di Sarawak itu. Satu puak diketuai Datuk Seri Peter Chin dan lagi satu, Dato Sri Wong Soon Koh.

Masing-masing ingin menjadi presiden menggantikan Tan Sri Dr George Chan yang ingin berundur berikutan prestasi parti semakin teruk seperti dibuktikan menerusi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10, April 2011.

Jika wujud pertandingan, tempoh pasca TDC dijangka akan kekal wujud puak-puak. Andai kata Wong menang dan dipilih menjadi presiden, tidak mustahil masih wujud perasaan tidak puas hati di puak Peter. Begitu juga sebaliknya jika Peter menang.

Bagi mengelakkan SUPP semakin hancur, Riot menyarankan agar dua puak berbincang dan mengalah demi perpaduan parti. Apatah lagi apabila kini semakin hampir dengan Pilihan Raya Umum ke-13.

Adakah SUPP ingin menjadi sebuah parti yang tidak bersatu-padu dalam menentang musuh pilihan raya? 

SUPP mempunyai wakil rakyat di Parlimen Serian (Riot), Stampin (Datuk Yong Khoon Seng), Sarikei (Ding Kuong Hiing), Lanang (Datuk Tiong Thai King) dan Miri (Peter). Pada PRU 2008, SUPP tewas di Parlimen Bandar Kuching, dan tewas dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada 2010.

Dalam usaha meraih sokongan perwakilan TDC, kelak, Peter melancarkan Pelan Transformasi SUPP. Buku tersebut menggariskan tujuh agenda yang akan dilakukannya jika dipilih menjadi presiden. Manakala, Wong giat meraih sokongan dari perwakilan Bumiputera bagi menambah sokongan yang diperolehinya daripada perwakilan Cina.

Pemerhati politik mengaitkan saranan Riot itu sebagai “jalan selamat” kepadanya dengan tidak memihak mana-mana pihak. Ulasan yang termuat di akhbar lebih neutral. Adakah keneutralan itu dipengaruhi faktor PRU 13? Atau dalam kata mudah, Riot masih mahu dicalonkan semula di Serian.

Riot tidak keseorangan dalam memilih jalan tengah. Yong dan Ding turut mengambil pendirian sama. Yong dan Ding juga sebelum ini menasihatkan dua puak agar berbincang. Bagaimanapun Yong sejak sekian lama telah memaklumkan ingin bersara dari politik pada PRU 13 ini.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: