YangSaya Nampak

Masihkah ada sinar bagi kek lapis Sarawak?

In ekonomi, Masalah masyarakat on November 10, 2011 at 4:32 pm

“MAKAN tanpa was-was”. Itulah kata-kata yang tertera di kek lapis, satu produk kebanggaan Sarawak terutama di kalangan orang Semenanjung Malaysia.

Selepas kira-kira dua bulan lebih berhadapan dengan zaman suram berikutan pengisytiharan mentega Golden Churn haram untuk dimakan umat Islam, pengusaha industri tersebut kini mula mengatur langkah baru.

Pertama sekali ialah berusaha menyemai keyakinan di kalangan pelanggan Islam setelah dikaitkan dengan penggunaan mentega dari New Zealand itu.

Agak kontroversi ketika itu apabila Majlis Islam Sarawak (MIS) mengeluarkan kenyataan ia sebagai makanan haram umat Islam, sedangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak mengeluarkan notis pengharaman.

Rentetan pengesahan MIS, banyak pengusaha kek lapis yang dikatakan majoriti merupakan ibu tunggal, mengeluarkan kenyataan balas menerusi media bahawa produk mereka menggunakan mentega jenama lain dan halal.

Isu tersebut juga umpama cabaran hebat kepada pengusahanya dari aspek jualan mereka. Apatah lagi isu itu timbul (sengaja atau tidak, hanya Tuhan yang tahu) ketika umat Islam membuat persiapan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Kek lapis Sarawak bukan sahaja terkenal di kalangan penduduk Bumi Kenyalang, tetapi ia telah sekian lama menembusi pasaran Semenanjung Malaysia dan Brunei Darussalam. Pelanggannya kebanyakan Melayu atau mereka yang beragama Islam.

Hari Raya Aidilfitri, terutama di Sarawak pada masa kini, umpama tidak lengkap jika tidak menyajikan tetamu dengan sekurang-kurangnya satu kek lapis. Rentetan itu tempahan kek lapis dalam tempoh persiapan Hari Raya Aidilfitri amat memberangsangkan. Boleh dikatakan tidak menang tangan.

Tetapi pada tahun ini (2011), ketika umat Islam masih menunaikan ibadah puasa, pengusaha kek lapis terpaksa mengerah tenaga untuk menafikan produk mereka menggunakan bahan halal.

Bagi yang mengakui pernah menggunakan produk tenusu itu, mereka cepat-cepat menyahut seruan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) agar menyamak peralatan yang pernah digunakan dengan Golden Churn.

Tatkala kekalutan itu, syarikat pengusaha kek dan roti ternampak wujud peluang bagi mereka mengisi kekosongan berikutan pengharaman GOlden Churn yang menjejaskan jualan kek lapis. Mereka mula membuat promosi menerusi media cetak dalam usaha meraih pelanggan. Tetapi kualiti dan mutu tetap tidak setanding dengan hasil tangan pengusaha kek lapis lain.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS) Rabiah Amit berkata sejak pengharaman Golden Churn penjualan kek lapis Sarawak telah mengalami penurunan hingga 70 peratus.

“Permintaan pasaran menurun walaupun pada musim perayaan seperti Hari Raya dan ia berlarutan sehingga ke hari ini. Stok-stok bahan kami juga masih banyak kerana permintaan yang merosot,” katanya, dipetik menerusi Borneo Post Online keluaran 10 November 2011.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: